HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Wednesday, November 19, 2014

Weekend PLAYGROUP Zara!


Rasanye semua tahu kot, zara selalu every weekend setiap sabtu mesti gi kelas playgroup.

Itu pun kalau mommy & daddy takde ape2 hal.Kekadang sebulan tu ade la skip max 2kali takpegi kelas.

Mommy akan pastikan zara gi kelas atleast 2x sebulan.

Ramai tertanya2, zara ni masuk Tadika ke. Dah sekolah.?

Sebenarnye belom. DIa pegi Playgroup je.

Setiap Minggu, kelas max 1jam setengah. Selalu mmg lebih dari sejam lah kelas dia.Selama sejam sengah je, macam2 ilmu dia.

Kene menari, pastu kene nyanyi, pastu story telling, pastu teacher ajar alif ba ta or ABC. Setiap minggu satu huruf.

Lepas tu ada art class.

Lepas art class, ada main bubble.

Lepas tu, Under parachute, lepas tu nyanyi2.

KIranya selama satu jam sengah tu, setiap 10-15minit satu sesi.

Contoh, 10minit,nyanyi,10minit story telling,10minit bubble.. dan seterusnya.

Dulu aku taktepikir pon nk hntar kelas playgroup ni. Ntah macam mana la ter google mmg bercadang nk bawak anak gi kelas, jumpa kawan2, takkan nk duk umah cikros je kan..hehehehe.

Sebelum aku choose GENIUS BABY ON BOARD untuk enroll zara, banyak playgroup yang aku pegi.

Memang GBOB la yang aku pekenan sekali. Aku dh pegi Alimkids, pastu pegi Gymboree. Semua takpekenan di hati. Rasa mcm playgroup tu semua mcm session just untuk anak je. Mcm kita bayar fee, untuk dptkan tempat.pastu balik. Dah…..
GBOB ni lain. ADE PARTICIPATION ANTARA TEACHER, PARENTS DAN ANAK. Memang ni yang aku cari sebenarnye. Kerjasama teacher yang aku nak. Sebab aku new parents takreti nk handle, takde pengalaman. Sebab sebagai seorang ibu, mesti aku nk yang terbaik.

Jujur, dari ape yang aku Nampak, founder GBOB ni teacher WATI, setup GBOB bukan inginkan keuntungan, bukan sebab business, TAPI sebab ingin kongsi pengalaman dan betul2 ingin membantu kita semua ibu bapa dalam mendidik anak2. Kita semua tahu, minda kanak2 terbentuk dari 0-6tahun. 

Masa 0-6tahun nilah kita nak asah, nak develop their brain.
Kali pertama aku bawak zara, zara menangis guling2. ANk manja. Mungkin jugak sebab dia malu ke ape.Trial class time tu. Zara nangis je terus teacher wati keluar. Dalam kelas teacher lieya yang ajar. Teacher wati ni macam principal la kira. Pastu, teacher wati ajar aku macam2, theyre using TALIBAN STYLE. PAKSA-RELA. Kalau anak taknak,kita kena paksa. Takboleh asyik nk ikot cakap anak je. Macam2 teacher wati ajar. Dia takbg aku pegang zara. Dia evaluate zara dlm first class.

Dia kata zara ada behavior issues. Sebab dia rasa setiap ape yg dia lakukan parents dia mesti ikut. When she not seat in the class, don't want to adapt the environment in the class. She will cry. She crawl. She lying on the floor. Dengan cara tu, dia harap parents dia malu, so terus pujuk2. Manja. Itu didikan yang salah.

Lepas dr kelas, teacher watie ni mmg sound direct je kat aku. Straight to my face. Yang hairannya, setiap ape yang dia cakap tu betul. Memang betul Pun.Jadi aku ni dengar je la.
Start dari tu, aku mmg dh jatuh cinta dah dgn GBOB. Sebab aku rasa aku as parents mmg leh bekerjasama dan tukar idea2 dalam pendidikan anak. Terus enroll kau. Walau Kene sound straight to my face, I just enroll.

Lepas 2,3bulan.. aku msg lagi dengan teacher wati, tanye pasal zara.lagi sekali kene sound. Teacher wati kata aku terlalu push anak. Selalu nak anak jadi dengan apa yang aku nak. HAHAHAHA.dugaan. Tapi,teacher pon ade kata.itu normal.sebab dia kadang2 pon cmtu. Biasa la kan. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak. CUma kita janganla terlalu keluar dari landasan.
Ingat,
THIS IS NOT ABOUT YOU, IT IS ABOUT YOUR CHILD.


Gbob ni jugak ade aktiviti untuk ibu bapa. Contohnye, ade sharing session between parents. Aku penah attend sekali.seronok, dengar pengalaman parents lain kan. Rasa sonok la. Pastu jgn kita sangka anak kita bukan terbaik, dalam session tu aku baru tahu, lebih banyak parents yang banyak masalah dengan anak dr kita. Mcam2. Ade yg anak autism, adhd,add. Bersyukurla kita seadanya.

Lagi satu, orang selalu tanye, mana lokasi GBOB ni? PUCHONG. Ya allah, jauhnye AINNNNNN… emmm..lain orang lain caranya. For me, I don't mind travelling from selayang to Puchong to have a best learning experience for my kids.Aku dh pegi dh playgroup yang dekat2, semuanya aku rasa takpekenan. Istimewanya kelas playgroup dekat GBOB ni adalah PARENTS PARTICIPATION. 

Dalam kelas aku selalu ganti2 dengan lee. Part first aku masuk, start art class lee pulak.kekadang aku ngelat jugak, selambe je aku pi masuk kelas zara tgk zara wat assignment dengan lee. Isnin-Jumaat kita dh kerja, malam pun bape jam sangat la masa dengan anak. Tu sbb aku pilih GBOB. Sebab sejam sengah ni sangat2 berharga. Mmg aku dgn lee focus betul2 masa bersama anak. Teacher wati selalu ingatkan, jagala masa sejam sengah ni dengan anak, untuk bagitahu anak yang kita nak luangkan masa bersama dia.

AL malangnya, playgroup lain xde tau penekanan cmni. Tu sebab aku enroll jugak GBOB NI. I WILL do anything to get the best.Walaupun rintangannya banyak, walaupun sesetengah org rasa RM50 seminggu selama sejam setengah itu ADALAH MAHAL.

 

Okay, anything nak tahu lagi pasal GBOB,SILA2 LAH WHATSAPP MOMMY ye…

 

Xoxo,
TRYING TO BE THE BEST MOMMY.



*story telling*

*bubble time*


*singing together time*

*motor skill class*



*betapa gembira nye anak2*