HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Monday, December 15, 2014

MOMMY, ANAK2 DAN SEORANG BIBIK.


Last Saturday, Sophie punye kelas kul 1.30pm. Sorry Opi nye kelas taksempat nk wat entry details.Nanti Ade masa aku buat,
Opi nye kelas untuk kids umur dari 6 months – 12 months. LEVEL 2 Playgroup.

Issue nye kat sini, last week, topic discussion between parents masa kelas opi tu rasa betul2 memberi keinsafan betul. Topik discussion nya ialah :-
'Setiap malam, sebelum kita tidurkan anak, ada tak kita sebut/ucap pada anak?"
Simple kan soalan dia.

Bukan jawapan ya atau tidak yang aku nk ceritakan sekarang ni.
Ceritanye begini, ade sorg mommy ni, smp turn dia kene share, dia kata, emm soalan ni terlalu sukar untuk saya jawab. Sebab anak saya taktidur dengan saya. Dia tidur dengan bibik..
Itu jawapan dia.

Okay, biar aku cite sikit-sikit yang aku tahu pasal mommy ni. Dia ada anak 2 orang.
Dua2 perempuan. Yg first sebaya zara, yang 2nd sebaya opi. Yang sebaya opi ni umur nya 11bulan. Opi 10bulan.Dia kata sejak kecik mmg anak ke2, tidur dengan bibik. Sebab anak 1st, takleh get along dgn anak kedua.Anak 1st tido dengan dia atas katil. Sejak adik dia lahir, dia takkasi adik dia tido dgn maknya. Jadi, anak kedua dia terpaksa serahkan pada bibik.Jadi sebelum tido mmg anak terus tido. Bila ngantuk, bibik terus ambik dan bawak tido.Teacher Tanya, u tak breastfeed? Ooh TAk. Saya breastfeed dia sebulan saja. Baby tak nangis ke if takdapat tido dengan u? OOH tak, dia dah biasa since baby smpla sekrang 11bulan dia mmg tido dengan bibik. Ok, ni part paling sedih. Mommy ni kata dia taktahu nk buat cmna, sebab anak dia dua2 memang takleh. Yang kakak asyik buat adik, pukul, takleh main sama2. Takleh sayang adik. Dia penah tanye pendapat pada teacher how to solve this. Teacher penah cakap, kene encourae dorg main sama2.kene selalu, jangan putus asa. Mgkin waktu adiknya lahir, si kakak takleh menerima.

Lepas tu, teacher kata takpa. Jangan putus asa. Kena sabar. Start dari saat ni, she need to do something about this. She need to plan she need to find a way how to solve this. Bby umur 11bulan, masih kecil, masih perlukan ibu dia semasa tido. Kan. Logik kan cmtu.
Part paling sedih, masa part last class, masa parachute time, aku tgk bibik tu dh amik tukar turn dgn mommy ni. So baby ni dgn bibik dia masa parachute time. Masa parachute time ni, anak2 akan baring bawah parachute, then parents akan kibas2 parachute atas dorg smbil nyanyi. Lepas tu, teacher akan count, 'okay mommy daddy, please let go the parachute on 1,2,3 and take your baby and say I love you to them.., 1………….2……………..3………………….. let go!!! So mommy/daddy akan grab anak and lambung then terus cakap I love you. Tapi aku tgk, bibik yg wat cmtu..EMMMMMMMMM…

Okay, aku taknak korang judge ibu ni. Aku tau pon sikit2 je pasal dia. Memang selalu bertembung sebab kelas anak 1st dia, sama dengan zara. Discussion time tu, aku rasa sedih gila bila terkenangkan anak dia. Dalam masa yang sama, aku sedih jugak, aku kesian dekat dia. Pening kepala dia tau, kalau anak2 taknak main sama2, kakak taknak sayang adik. Kalau aku jadi dia, mesti aku taktau nk handle. DIa bolehla, atleast kalau gaduh, bibik boleh selamatkan salah sorg. Tapi, kita nak ke anak2 kita selama2nya tak baik Tak nak main. Bahagianya kita, bila kita tengok anak kita main sama2, apabila anak yg tua menyayangi adiknya. Alangkah sedihnya, kalau mommy tadi tu takdpaat rasa cmtu. Alangkah sedihnya kalau anak kita lebih rapat dengan bibik dari kita sendiri. Mungkin cara dia berbeza, of coz dari cite ni pon korang mesti dpat agak, yg mommy tadi tu mesti anak org kaya. 
Memangla, kalau tak takkan ade bibik. Aku yang tak kaya, tu sebab takde bibik. Hahahaha.

Jadi kawan2, tak salah ada bibik. Bibik tu mcm helper je. Tapi jangan la lepas semua benda pada bibik tu. Kita mesti besarkan anak2 kita dengan tangan kita sendiri. Anak2 tu asset kita. Kita mati, dorglah yang akan doakan kita. Kita mesti ada dalam hati diorang. Takkan nanti dalam doa dorg, nk doakan bibik dari doakan kita. Yela, lebih ingt dan baik dengan bibik dari kita sendiri. Dulu aku takut sangat, zara dengan opi lebih sayang cikros dari aku. Aku keje dari pagi smp petang. Jumpa anak2 masa malam je. Gila. Aku takut. Aku takut, kalau anak2 aku suka masakan indon dari masakan melayu. Aku takut anak aku lebih pandai cakap acheh, dari cakap melayu. Berlegar2 je dalam kepala otak ni. Tapi, jangan risau tak bertempatla. Sebab anak kau, mesti kau kene cari jalan. Tu sebab dari zara dengan opi kecik, aku takpenah kasi cikros masakkan tuk dorg. MakANAN dorg aku yg sediakan. Tak kira la aku kene bangun kul 5 pagi tuk masak bubur. Kene amik masa gorEng ayam pepagi buta. Bubat bubur labu kismis pagi2. Kejap je, bila dorg dh makan nasi, nekdah plak siapkan makanan dorg.HAHAHA.

Orang zaman sekrang, bangga sangat ade bibik. Pegi mana2 kat shopping complex, muka seronok dapat membeli belah smbil sebelah bibik dukungkan anak. Muka tenang bila balik kampong, dalam kereta leh tido takde hal sebab bibik ade nk layan anak dalam kete. Takde hal. 

Alhamdulillah, Zara dengan opi memang leh ngam, biasala kdg2 zara tertendang adik, yang adik ter tarik rambut. Tercakar masing2. Tapi bila aku tanya, zara sayang adik tak, dia jawab sayang... bila dia nampak opi tido. dia akan mintak 'mami, cium ye, cium ye. ciummmmm je.....' kalau aku suh zara kejar adik cepat, dia kejar.. yang opi menggelinting wat2 nk lari. Alhamdulillah, atas nikmat ini.

Mana2 yang boleh amik pengajaran, sila ambil. Sesungguhnya entry ni up, sebab nk kongsi kekhilafan yang kadang2 kita tak sedar. Kita rasa senang sekejap, jangan smp kita menyesal kalau bila dh besar anak lebih banyak kongsi cerita dengan bibik dari kita sendiri.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.

 

Ps: in sha allah, kelas opi nye experience next enrty ye. Tunggu balik jb krismas ni, ade byk masa sikit. Sebab anak2 sume bergumbira dengan nenek dan atuknya. Hehehe.

 





*Bubble Time*


                                         *Cer teka mana satu Elsa Mana satu Anna* hahahaha





 


 

Wednesday, November 19, 2014

Weekend PLAYGROUP Zara!


Rasanye semua tahu kot, zara selalu every weekend setiap sabtu mesti gi kelas playgroup.

Itu pun kalau mommy & daddy takde ape2 hal.Kekadang sebulan tu ade la skip max 2kali takpegi kelas.

Mommy akan pastikan zara gi kelas atleast 2x sebulan.

Ramai tertanya2, zara ni masuk Tadika ke. Dah sekolah.?

Sebenarnye belom. DIa pegi Playgroup je.

Setiap Minggu, kelas max 1jam setengah. Selalu mmg lebih dari sejam lah kelas dia.Selama sejam sengah je, macam2 ilmu dia.

Kene menari, pastu kene nyanyi, pastu story telling, pastu teacher ajar alif ba ta or ABC. Setiap minggu satu huruf.

Lepas tu ada art class.

Lepas art class, ada main bubble.

Lepas tu, Under parachute, lepas tu nyanyi2.

KIranya selama satu jam sengah tu, setiap 10-15minit satu sesi.

Contoh, 10minit,nyanyi,10minit story telling,10minit bubble.. dan seterusnya.

Dulu aku taktepikir pon nk hntar kelas playgroup ni. Ntah macam mana la ter google mmg bercadang nk bawak anak gi kelas, jumpa kawan2, takkan nk duk umah cikros je kan..hehehehe.

Sebelum aku choose GENIUS BABY ON BOARD untuk enroll zara, banyak playgroup yang aku pegi.

Memang GBOB la yang aku pekenan sekali. Aku dh pegi Alimkids, pastu pegi Gymboree. Semua takpekenan di hati. Rasa mcm playgroup tu semua mcm session just untuk anak je. Mcm kita bayar fee, untuk dptkan tempat.pastu balik. Dah…..
GBOB ni lain. ADE PARTICIPATION ANTARA TEACHER, PARENTS DAN ANAK. Memang ni yang aku cari sebenarnye. Kerjasama teacher yang aku nak. Sebab aku new parents takreti nk handle, takde pengalaman. Sebab sebagai seorang ibu, mesti aku nk yang terbaik.

Jujur, dari ape yang aku Nampak, founder GBOB ni teacher WATI, setup GBOB bukan inginkan keuntungan, bukan sebab business, TAPI sebab ingin kongsi pengalaman dan betul2 ingin membantu kita semua ibu bapa dalam mendidik anak2. Kita semua tahu, minda kanak2 terbentuk dari 0-6tahun. 

Masa 0-6tahun nilah kita nak asah, nak develop their brain.
Kali pertama aku bawak zara, zara menangis guling2. ANk manja. Mungkin jugak sebab dia malu ke ape.Trial class time tu. Zara nangis je terus teacher wati keluar. Dalam kelas teacher lieya yang ajar. Teacher wati ni macam principal la kira. Pastu, teacher wati ajar aku macam2, theyre using TALIBAN STYLE. PAKSA-RELA. Kalau anak taknak,kita kena paksa. Takboleh asyik nk ikot cakap anak je. Macam2 teacher wati ajar. Dia takbg aku pegang zara. Dia evaluate zara dlm first class.

Dia kata zara ada behavior issues. Sebab dia rasa setiap ape yg dia lakukan parents dia mesti ikut. When she not seat in the class, don't want to adapt the environment in the class. She will cry. She crawl. She lying on the floor. Dengan cara tu, dia harap parents dia malu, so terus pujuk2. Manja. Itu didikan yang salah.

Lepas dr kelas, teacher watie ni mmg sound direct je kat aku. Straight to my face. Yang hairannya, setiap ape yang dia cakap tu betul. Memang betul Pun.Jadi aku ni dengar je la.
Start dari tu, aku mmg dh jatuh cinta dah dgn GBOB. Sebab aku rasa aku as parents mmg leh bekerjasama dan tukar idea2 dalam pendidikan anak. Terus enroll kau. Walau Kene sound straight to my face, I just enroll.

Lepas 2,3bulan.. aku msg lagi dengan teacher wati, tanye pasal zara.lagi sekali kene sound. Teacher wati kata aku terlalu push anak. Selalu nak anak jadi dengan apa yang aku nak. HAHAHAHA.dugaan. Tapi,teacher pon ade kata.itu normal.sebab dia kadang2 pon cmtu. Biasa la kan. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak. CUma kita janganla terlalu keluar dari landasan.
Ingat,
THIS IS NOT ABOUT YOU, IT IS ABOUT YOUR CHILD.


Gbob ni jugak ade aktiviti untuk ibu bapa. Contohnye, ade sharing session between parents. Aku penah attend sekali.seronok, dengar pengalaman parents lain kan. Rasa sonok la. Pastu jgn kita sangka anak kita bukan terbaik, dalam session tu aku baru tahu, lebih banyak parents yang banyak masalah dengan anak dr kita. Mcam2. Ade yg anak autism, adhd,add. Bersyukurla kita seadanya.

Lagi satu, orang selalu tanye, mana lokasi GBOB ni? PUCHONG. Ya allah, jauhnye AINNNNNN… emmm..lain orang lain caranya. For me, I don't mind travelling from selayang to Puchong to have a best learning experience for my kids.Aku dh pegi dh playgroup yang dekat2, semuanya aku rasa takpekenan. Istimewanya kelas playgroup dekat GBOB ni adalah PARENTS PARTICIPATION. 

Dalam kelas aku selalu ganti2 dengan lee. Part first aku masuk, start art class lee pulak.kekadang aku ngelat jugak, selambe je aku pi masuk kelas zara tgk zara wat assignment dengan lee. Isnin-Jumaat kita dh kerja, malam pun bape jam sangat la masa dengan anak. Tu sbb aku pilih GBOB. Sebab sejam sengah ni sangat2 berharga. Mmg aku dgn lee focus betul2 masa bersama anak. Teacher wati selalu ingatkan, jagala masa sejam sengah ni dengan anak, untuk bagitahu anak yang kita nak luangkan masa bersama dia.

AL malangnya, playgroup lain xde tau penekanan cmni. Tu sebab aku enroll jugak GBOB NI. I WILL do anything to get the best.Walaupun rintangannya banyak, walaupun sesetengah org rasa RM50 seminggu selama sejam setengah itu ADALAH MAHAL.

 

Okay, anything nak tahu lagi pasal GBOB,SILA2 LAH WHATSAPP MOMMY ye…

 

Xoxo,
TRYING TO BE THE BEST MOMMY.



*story telling*

*bubble time*


*singing together time*

*motor skill class*



*betapa gembira nye anak2*



Friday, October 3, 2014

Pengorbanan.



 

Dulu ade sekali aku update kat fb, currently hard studying on AUTISM, ADHD & Dyslexia.

Semakin dalam aku study, semakin banyak yang jelas.

Mgkin ade yang pikir, eh anak dia autism ke?Apesal dia beria sangat sampai study?

Bukan ape, kekadang kita ni bukan kita yang hadap, bukan kita yang telan ujian dan dugaan yang ditanggung. Kita senang2 judge. Kita rilek je. Bila dah terkena pada kita, baru kita sibuk nk cari info, baru kita sibuk nak tau. 

Worse, bila kita tau anak kita something wrong, tapi kita IBUBAPA ni menidakkan keadaan. SEDIH weh.sedih. Bila baca blog2 ibu2 anak yang AUTISM,ADHD Dyslexia, tak dinafikan, ada antaranya yang kata menyesal sebab ignorance all the symptom. The time is not turning back mommy.

Orang kata AUTISM genetic.

Tak.

Tengok website NASOM. It can happen in any family.


Because of 'IT CAN HAPPEN IN ANY FAMILY' I am doing this.

Like I said,, kekadang kita ni, tak kena pada kita……..kannn.

Bersyukurla saat diuji wahai ibu.

Mengalir air mata mommy, bila baca blog2.


Pengorbanan seorang ibu untuk anak2 istimewa ni amatlah tinggi nilainya.

Hanya Orang-orang terpilih yang dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk diuji dengan ujian sebegini.


Salam AidilAdha semua.


 


 

p/s: CikAin Rindu Addin. :(






Wednesday, August 27, 2014

ITS NOT ABOUT YOU, ITS ABOUT YOUR CHILD


Last few days, aku ade update facebook pasal kene tiaw dengan teacher watie (principal kat weekend school zara).Al konon nye, nak tanye la teacher progress zara. Thena adela sesuatu yang menggangu fikiran. Ni soklannyee..hehehe.. malas nk tulis balik…



Hah, itulah masalah. Benda ni dah berlegar2 dalam kepala otak aku dh seminggu dua. Taksedap hati jugak, gagahkan jugak gi tanye teacher watie. Aku takut zara ni ade masalah malu terlampau. Sebab bulan raya ni, ofcos mommy dgn daddy banyak jemputan pegi openhouse, setiap kali kat umah kawan2, asal orang panggil nak tunduk, asal orang panggil nak menyelit bawah ketiak.. dah kenapa plak la zara jadi malu melampau. Dulu aku memang penah baca, perasaan dan sikap malu kalau takdapat atau takdibendung dari awal akan menjejasan personality dan kehidupan seseorang. Tengok, Nampak tak kerisauan mommy dh level bape?

Berbalik pada cite kat kelas zara, dalam kelas akan ade session nyanyi, lompat2, clap, story telling, abc and art class. Setiap session tu, zara tak macam budak lain.. lagu wajib kene nyanyi setiap minggu adalah lagu good morning.lagu ni agak cheeky, kene clap, wave and jump. Cer korg bygkan, dlm 12org dalam playgroup tu, anak aku sorg je taklompat tak wave, semua aku yang wat.. Allahu, rasa cm tercabar gila tgk anak orang semua pandai2. KESALAHAN PERTAMA. Tapi bagi teacher watie, reaction zara tu adalah satu perkara yg normal. Aku takperlu nk lebih2 pon sebenarnya. She said zara belajar dari memandang orang memandang suasana sekeliling. Dia takrisau pon, sebab bagi dia zara learns from OBSERVATION. And the good part is she did mention OBSERVATION IS PART OF PARTICIPATION. Jadi, mommy zara ni kurang sabar, NAK anak sama dengan orang lain ingat cara anak belajar sama dengan orang lain, itu salah ain… KESALAHAN KEDUA.

Okay kite sambung ape teacher wati explain lagi...



*ece= Early Child Education











Betul, aku mmg nampak zara mcm malu dalam kelas. nampak dia coverline je. Pastu asyik tengok orang, buat task mmg dia nk wat, tapi lasting 30saat je. This is normal. Jadi mmg salah aku yang risau melebih2.

Kadang2 cuba kita flashback, betul ke tindakan kita sebagai ibu bapa yang kadang2 nak anak cmni, kadang nak anak cmtu.Ade sekali ofis aku wat openhouse, Jadi sorg staff ni bawak bini dia, bini dia kebetulan lalu ofis kitorg so singgah la makan.. aku dgn laki dia mmg kerja sama2, alkonon beramah mesra lah dgn bini dia.. dia pon start la cite anak dia dh umur 12tahun pun, dia cerita anak dia waktu umur sebaya zara, dia guna SICHIDA METHODS latih anak dia. Aku time tu rasa tercabar sangat2.Rasa mcm ya allah, ramai ibu bapa sekang dh sedar nk ajar anak mcam2. dulu aku penah study pasal sichida methods, tapi aku rasa aku xmmpu buat. Sebelum hantar zara gi gbob , mmg rasa nk daftar je zara masuk kelas sichida ni, Tapi rasa cm takboleh takde komitment kat situ. Bila dengar yg bini kawan aku ni cita mcm2 aku terus otomatik cm nak,nak zara learns everything using that techniques. Tapi, dengar mcm senang.. bukan semua orang boleh buat. HA... cmtula..itu lah salah satu contoh, sebenarnye kita ibu bapa yang poyo, nak tentukan anak kita ni nak jadi ape., nk mcm mane. Tak dinafikan, kalau sikap kita cmni, tu yg jadi dalam drama selalu, hntar anak belajar akaun kat oversea, anak balik rupanye dia belajar seni. Isshhh, taknak aku jadi cmtu. Kalau boleh mmg aku nak zara yang tentukan jalan dia, tentukan minat dan kesukaan dia. Mommy dgn daddy hanya akan jadi pembuka jalan dan pendorong untuk dia capai cita2. Dan aku percaya, kita semua nak yang terbaik untuk anak dan nak jadi ibu bapa yang mcm tu kan??

Teacher watie ade cakap, masalah malu ade lah personal personality. Mungkin masalah malu ni dtg dr keturunan..(aku rasa ye,,, sebab aku kan pemalu...HAHAHA).. KITA kena kawal sikap malu anak. Kita memang sumpah taknak,  sikap malu ni mengawal diri trap diri dlm penjara.And yess, ia adalah proses yang memakan untuk anak keluar dr zone tu. Betulkan cakap teacher watie..? aku setuju jugak part nie.

Ada satu part, teacher watie kata, setiap anak berbeza-beza. Betul, kdang2 kita new parents yang baru je setapak dua tapak dalam parenthood terlupa yang sikit2 nk banding2 anak, nak kecoh2 anak takleh wat tu takleh wat tu.. kita as parent kene kawal. kalau ada anak org, contohla, tak macam anak kita, toksah lah nk duk banding2. PASTU, selalu terjadi dalam masyarakat kita ni, kita taktau lagi anak kita cmna, sibuk nk mengata anak orang.. ha... kalau ade situasi2 yang ade anak kita, ada anak orang lain yang bad behaviour, kita tengok je... kite letak diri kita, kalaula anak kite cmtu, cmne kita nk handle? ha... jgn ade sesekali dalam hati, cakap 'nasib baik anak aku baik......'..JANGAN. LAGI,worst kalau kita takde anak, pastu mengata anak orang, nnti ALLAH balas sebab ngata anak orang ha cemane.. jadi ingat2kan diri ye kawan.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari kene kes mommy kene tiaw dengan teacher zara ni adalah:-

1) Observation is part of the participation (part of learning)
2) Cara anak adalah berbeza2 dalam mendapatkan Ilmu.

Part yang paling penting, in my opinion, dalam parenthood journey, Its not about YOU mommy and daddy, Its ABOUT YOUR CHILD.

Sama2 kita amik pengajaran.
Yang baik datang dari allah, Yang buruk datang dari saya.

Have a wonderful parenthood journey everyone.!

*Raya Celebration At Genius Baby On Board*







 

Wednesday, July 16, 2014

Zara- 2nd Birthday Celebration!


June 2014-
Bulan ni zara akan masuk 2tahun. Macam takpercaya. Sebab dah 1tahun. Mcm baru semalam je duk kat spital sebab darah tinggi naik sebab nak bersalin. Gila kan. Mengandung zara ade darah tinggi. Memang satu kesilapan besar time tu. Time mengandung sophi etakde plak. Eeei. Mengundang, setelah dipikir-pikir, memang tempat kerja lah puncanya. Cmne lah aku nk jadi boss nanti, kalau keje wat akaun sorang, banyak benda nk kene pikir, smp aku naik darah tinggi lah.

Hahahaha.

Okay, cite bulan June, tahun ni mmg takde nk wat birthday party pon tuk zara. Sebab mommy malas, pastu mommy rasa nk rehat sebab bagi peluang pada sophie plak. So tahun ni rehat. Tahun depan mommy akan plan birthday party zara dan sophie, tapi yang lebihnya sophie laa sebab baru first year kan…
Dalam taknak sambut birthday zara, bulan june je, zara dh sambut birthday dia sampai 3kali. Ha… dalam taknak buat tu kan. First kat jb, kat umah nenek n atuk zara kat jb. Sambut biasa je, ade cake and bagi budak2 makan kek and nenek baik hati sponsor goodies tuk budak2. Alhamdulillah. Mommy pon tak terpikir nak sediakan goodies. Hehehe.
*zara nak tiup lilin (bad mood sbb br bgn tido)*

*sedara mara yang datang*


Kali kedua Zara sambut pada 27th June 2014, kat rumah nekdah. Ha, time ni special sikit. Sebab, walaupun sambut kecik2, mommy sempat gak hias umah dengan belon warna warni kat keliling umah nekdah, sempat belikan hadiah tuk bebudak sempat jugak beli barang2 tuk makanan tetamu. Alhamdulillah. Walaupun penat sikit, tapi berbaloi. Zara happy sangat2. Kawan2 dia semua datang. Zara ni special sikit sebab pengasu zara bukan orang Malaysia. Orang Acheh, Indonesia. Jadi, kebnaykan kawan2 pengasuh dia sume orang Indonesia. Kawan2 zara pon semuanya budak indon pendek kata. Alhamdulillah, bila jemput anak2 dorg dtg, mak2 dorang pun dtg jugak. Ade jugak takdtg mgkin segan kot. Zara nmpak happy, banyak betul dia makan petang tu. Banyak main, yelah kawan2 dia yg ramai dtg umah, dia pun cm pelik jugak sebenarnya, tapi layankan aje. Hehehe.

*Zara Indonesian Friends*

*Sempat dia nk menengok orang*

*zara mmg takpandai buat peace*

*cer tengok opi tu..hahahaha*

*alhamdulillah cuaca elok sangat leh wat makan2 kat luar*


Kali ketiga, on the day of her birthday itself, genap 2 tahun pada 28th June 2014, zara sambut kat school. Mommy dh niat dah nak bagi zara sambut birthday kat sekolah. SeBAB ZARA banyak improve bila mommy hantar playgroup every weekend. Banyak sangat. Kerana perkembangan yang positif, mommy taksempat nk order kek pastu memang taksempat nk plan dgn teacher lieya betul2, jadi mommy plan belikan cupcake untuk semua orang. So, pas abis class mommy bisik kat teacher, ade bawak cupcake nk bagi pada budak2, sempena birthday zara. OOH. Teacher kata takpe, we do small party for her, I'll asak everybody to sing a birthday song. Waaaaaa, tetiba mommy rasa serba salah sangat2 tak plan betul2. Xpelah, takde rezeki. Tahun depan mommy sambut birthday zara yang ke -3 kat gbob. Mommy akan plan betul2, in sha allah.

*wondermilk takbukak lagi mommy dh ready depan pintu*

* Teacher Lieya Setup kan Cupcake!*

*Zara Playgroup Firends at GBOB*

*muka blur*

*ni lah kawan2 dia setiap minggu jumpa*


2 tahun usia zara, yang mommy ketara Nampak, zara dah pandai cakap. Dah pandai sebut, dah faham bila mommy bagi arahan. Dah pandai pujuk adik bila nangis, dah pandai ajak adik main wpun adik tak pandai lagi. Kadang2 zara dah pandai cakap nk berak, nak kencing, kdang2 bila pampers penuh zara dh pandai bagitahu.

Haihh bila diingat2 banyaknye perubahan zara. Semuanya di depan mata mommy. Rasa macam tak percaya. Cepatla membesar anakku. Sebagai seorang ibu, kadang2 mommy risau gak nape la zara takleh cakap dgn lancar lagi, Bila tengok anak orang lain dh boleh verse dlm English pun. Risaunya la mommy kalau zara takleh letak diri zara dalam community budak2 zaman sekarang yang semakin advance. Mommy risau zara xleh adapt ke atau terlambat catch-up ke.. Tapi, mommy takkan paksa2 zara. Mommy akan usaha zara dapat pendidikan terbaik. Mommy sanggup usaha dapat kan kerja yang lebih baik, dapat gaji lebih untuk menampung pendidikan zara dgn sophie. In sha allah.
Anyway, HAPPY 2ND BIRTHDAY ZARA!

Zara Birthday CAKE!

P/S: GBOB = Genius Baby On Board (zara weekend school)






Happy 28th Birthday Ain!


Ehem.. Ehem…
Semalam Birthday aku. 15th July 2014.

Setiap tahun aku la paling yang paling tak beria sekali klu datang birthday. HAHAHA. Orang lain beria kan.. Aku tak. Sebab dah lama tak sambut birthday kot.

Tahun ni, husband ingat plak birthday. Dia bagi whatsapp kul 3pagi 15 july 2014, padahal malam tu dia dah tido dah. Kul 3 pagi tu dia whatsapp sbb dia terbangun la tu.



Dia tak macam suami lain, yang beria sambut birthday isteri. Mungkin dia rasa ni remeh. But its okay, mgkin itu cara dia. Aku terima seadanya. Janji dia ingat birthday anak2, kuar duit tuk birthday anak2 pon dah kira okay. Itu yang paling penting. Birthday mak anak2 takpenting. Bagi aku, biar la anak2 sambut birthday. Tu sebab bila birthday anak2 6bulan sebelum aku dh start pikir. Hehehe. Excited.

ooh tak lupa gak kawan2 yang wish birthday kat whatsappp n facebook. Terma kasih. :) 







**ni semua sebahagian yang wish. antara orang2 penting dlm hidup aku. antara orang2 yang suka tadah telinga di saat2 memerlukan*

*ini kesayangan mama..sedih mama tau.dhla time birthday.mama rindu*

*ni kawan2 yang pm kat fb.. terima kasih daun keladi*





Alhamdulillah, dah 28tahun. Dah ada 3 permata hati. Fadhlee, Zara and Sophie. Syukur kepada Allah.

Semoga pertambahan umur ni, Allah berikan aku rezeki dan kasih saying yang melimpah ruah dari keluarga tersayang.

Semoga di hari lahir ni, aku akan jadi lebih matang dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi isteri, anak dan ibu yang baik. Semoga segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sebelum diri ni menutup mata. Semoga tanggungjawab sebagai isteri dilaksanakan dengan sempurna mungkin, sesungguhnya aku berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Semoga tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa tidak dilupakan. Semoga kedua ibu bapa ku dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang lebih baik. Kerana masih banyak yang tidak dibalas sehingga saat entry ni ditulis. Semoga kedua ibu bapa ku dipanjangkan umur. Amin

Semoga tanggungjawab kepada anak2 dijalankan dengan baik dan semoga aku menjadi ibu yang baik, memahami dan semoga anak2 sentiasa mendoakan aku apabila aku dah takde di dunia ni lagi. In sha allah.

Di hari jadi, aku sendiri declare malas nak masak.

So ajak husband gi makan luar, aku yg pilih tempat. Di kari kepala ikan SG, seri Gombak. Sedap. Puas makan kari kepala ikan.

*lauk birthday girl yg pilih..ecehhh*

*muka suci berpuasa*

*budak paling puasa sekali, baru kul 7suku dh pgg sudu*

*mane kari?mane kari?*

*si budak baik, orang bukak puasa dia tidoq*


Cake? Takde walaupun sepotong. Hehehe. Takpe aku redha.

Semoga semua readers blog ni, doakan yang terbaik tuk saya di hari jadi ini.

Sesungguhnya doa yang tidak diketahui akan dimakbulkan.
Aminnnn.