HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Wednesday, July 16, 2014

Zara- 2nd Birthday Celebration!


June 2014-
Bulan ni zara akan masuk 2tahun. Macam takpercaya. Sebab dah 1tahun. Mcm baru semalam je duk kat spital sebab darah tinggi naik sebab nak bersalin. Gila kan. Mengandung zara ade darah tinggi. Memang satu kesilapan besar time tu. Time mengandung sophi etakde plak. Eeei. Mengundang, setelah dipikir-pikir, memang tempat kerja lah puncanya. Cmne lah aku nk jadi boss nanti, kalau keje wat akaun sorang, banyak benda nk kene pikir, smp aku naik darah tinggi lah.

Hahahaha.

Okay, cite bulan June, tahun ni mmg takde nk wat birthday party pon tuk zara. Sebab mommy malas, pastu mommy rasa nk rehat sebab bagi peluang pada sophie plak. So tahun ni rehat. Tahun depan mommy akan plan birthday party zara dan sophie, tapi yang lebihnya sophie laa sebab baru first year kan…
Dalam taknak sambut birthday zara, bulan june je, zara dh sambut birthday dia sampai 3kali. Ha… dalam taknak buat tu kan. First kat jb, kat umah nenek n atuk zara kat jb. Sambut biasa je, ade cake and bagi budak2 makan kek and nenek baik hati sponsor goodies tuk budak2. Alhamdulillah. Mommy pon tak terpikir nak sediakan goodies. Hehehe.
*zara nak tiup lilin (bad mood sbb br bgn tido)*

*sedara mara yang datang*


Kali kedua Zara sambut pada 27th June 2014, kat rumah nekdah. Ha, time ni special sikit. Sebab, walaupun sambut kecik2, mommy sempat gak hias umah dengan belon warna warni kat keliling umah nekdah, sempat belikan hadiah tuk bebudak sempat jugak beli barang2 tuk makanan tetamu. Alhamdulillah. Walaupun penat sikit, tapi berbaloi. Zara happy sangat2. Kawan2 dia semua datang. Zara ni special sikit sebab pengasu zara bukan orang Malaysia. Orang Acheh, Indonesia. Jadi, kebnaykan kawan2 pengasuh dia sume orang Indonesia. Kawan2 zara pon semuanya budak indon pendek kata. Alhamdulillah, bila jemput anak2 dorg dtg, mak2 dorang pun dtg jugak. Ade jugak takdtg mgkin segan kot. Zara nmpak happy, banyak betul dia makan petang tu. Banyak main, yelah kawan2 dia yg ramai dtg umah, dia pun cm pelik jugak sebenarnya, tapi layankan aje. Hehehe.

*Zara Indonesian Friends*

*Sempat dia nk menengok orang*

*zara mmg takpandai buat peace*

*cer tengok opi tu..hahahaha*

*alhamdulillah cuaca elok sangat leh wat makan2 kat luar*


Kali ketiga, on the day of her birthday itself, genap 2 tahun pada 28th June 2014, zara sambut kat school. Mommy dh niat dah nak bagi zara sambut birthday kat sekolah. SeBAB ZARA banyak improve bila mommy hantar playgroup every weekend. Banyak sangat. Kerana perkembangan yang positif, mommy taksempat nk order kek pastu memang taksempat nk plan dgn teacher lieya betul2, jadi mommy plan belikan cupcake untuk semua orang. So, pas abis class mommy bisik kat teacher, ade bawak cupcake nk bagi pada budak2, sempena birthday zara. OOH. Teacher kata takpe, we do small party for her, I'll asak everybody to sing a birthday song. Waaaaaa, tetiba mommy rasa serba salah sangat2 tak plan betul2. Xpelah, takde rezeki. Tahun depan mommy sambut birthday zara yang ke -3 kat gbob. Mommy akan plan betul2, in sha allah.

*wondermilk takbukak lagi mommy dh ready depan pintu*

* Teacher Lieya Setup kan Cupcake!*

*Zara Playgroup Firends at GBOB*

*muka blur*

*ni lah kawan2 dia setiap minggu jumpa*


2 tahun usia zara, yang mommy ketara Nampak, zara dah pandai cakap. Dah pandai sebut, dah faham bila mommy bagi arahan. Dah pandai pujuk adik bila nangis, dah pandai ajak adik main wpun adik tak pandai lagi. Kadang2 zara dah pandai cakap nk berak, nak kencing, kdang2 bila pampers penuh zara dh pandai bagitahu.

Haihh bila diingat2 banyaknye perubahan zara. Semuanya di depan mata mommy. Rasa macam tak percaya. Cepatla membesar anakku. Sebagai seorang ibu, kadang2 mommy risau gak nape la zara takleh cakap dgn lancar lagi, Bila tengok anak orang lain dh boleh verse dlm English pun. Risaunya la mommy kalau zara takleh letak diri zara dalam community budak2 zaman sekarang yang semakin advance. Mommy risau zara xleh adapt ke atau terlambat catch-up ke.. Tapi, mommy takkan paksa2 zara. Mommy akan usaha zara dapat pendidikan terbaik. Mommy sanggup usaha dapat kan kerja yang lebih baik, dapat gaji lebih untuk menampung pendidikan zara dgn sophie. In sha allah.
Anyway, HAPPY 2ND BIRTHDAY ZARA!

Zara Birthday CAKE!

P/S: GBOB = Genius Baby On Board (zara weekend school)






1 comment:

  1. Spin Palace Casino UK | Slots, Blackjack, Roulette
    Spin Palace Casino is licensed and luckyclub.live regulated in Great Britain by the Gambling Commission, and it was founded in 2018 by the former CEO of the firm. With more than  Rating: 4.8 · ‎21 votes · ‎Free · ‎Game

    ReplyDelete