HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Wednesday, July 16, 2014

Happy 28th Birthday Ain!


Ehem.. Ehem…
Semalam Birthday aku. 15th July 2014.

Setiap tahun aku la paling yang paling tak beria sekali klu datang birthday. HAHAHA. Orang lain beria kan.. Aku tak. Sebab dah lama tak sambut birthday kot.

Tahun ni, husband ingat plak birthday. Dia bagi whatsapp kul 3pagi 15 july 2014, padahal malam tu dia dah tido dah. Kul 3 pagi tu dia whatsapp sbb dia terbangun la tu.



Dia tak macam suami lain, yang beria sambut birthday isteri. Mungkin dia rasa ni remeh. But its okay, mgkin itu cara dia. Aku terima seadanya. Janji dia ingat birthday anak2, kuar duit tuk birthday anak2 pon dah kira okay. Itu yang paling penting. Birthday mak anak2 takpenting. Bagi aku, biar la anak2 sambut birthday. Tu sebab bila birthday anak2 6bulan sebelum aku dh start pikir. Hehehe. Excited.

ooh tak lupa gak kawan2 yang wish birthday kat whatsappp n facebook. Terma kasih. :) 







**ni semua sebahagian yang wish. antara orang2 penting dlm hidup aku. antara orang2 yang suka tadah telinga di saat2 memerlukan*

*ini kesayangan mama..sedih mama tau.dhla time birthday.mama rindu*

*ni kawan2 yang pm kat fb.. terima kasih daun keladi*





Alhamdulillah, dah 28tahun. Dah ada 3 permata hati. Fadhlee, Zara and Sophie. Syukur kepada Allah.

Semoga pertambahan umur ni, Allah berikan aku rezeki dan kasih saying yang melimpah ruah dari keluarga tersayang.

Semoga di hari lahir ni, aku akan jadi lebih matang dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi isteri, anak dan ibu yang baik. Semoga segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sebelum diri ni menutup mata. Semoga tanggungjawab sebagai isteri dilaksanakan dengan sempurna mungkin, sesungguhnya aku berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Semoga tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa tidak dilupakan. Semoga kedua ibu bapa ku dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang lebih baik. Kerana masih banyak yang tidak dibalas sehingga saat entry ni ditulis. Semoga kedua ibu bapa ku dipanjangkan umur. Amin

Semoga tanggungjawab kepada anak2 dijalankan dengan baik dan semoga aku menjadi ibu yang baik, memahami dan semoga anak2 sentiasa mendoakan aku apabila aku dah takde di dunia ni lagi. In sha allah.

Di hari jadi, aku sendiri declare malas nak masak.

So ajak husband gi makan luar, aku yg pilih tempat. Di kari kepala ikan SG, seri Gombak. Sedap. Puas makan kari kepala ikan.

*lauk birthday girl yg pilih..ecehhh*

*muka suci berpuasa*

*budak paling puasa sekali, baru kul 7suku dh pgg sudu*

*mane kari?mane kari?*

*si budak baik, orang bukak puasa dia tidoq*


Cake? Takde walaupun sepotong. Hehehe. Takpe aku redha.

Semoga semua readers blog ni, doakan yang terbaik tuk saya di hari jadi ini.

Sesungguhnya doa yang tidak diketahui akan dimakbulkan.
Aminnnn.

No comments:

Post a Comment