HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Monday, March 2, 2015

THE TERRIBLE TWOS.


Assalamualaikum…


Sebulan senyap. Takde update blog pon.

Rasa busy gila.

Sekarang dengan kerja melambak, dengan kelas lagi after office hour. Bukan nk merungut. Tapi masih dalam proses sesuaikan diri. Rasa tangan ni jadi mcm tangan sotong. This nk buat. Theres nak tengok dan siapkan. That ade dateline, kene focus betul2.

Betul orang kata belajar sambil bekerja, ditambah dengan anak yang masih kecil bukan senang. 

Waktu memula aku post kat fb sbb sambung belajar sume cakap salute sebab ade keinginan. But, aku time tu rasa cm biasa je. Dalam hati, susah ke? Ye mmg susah. Rasa nk giveup waktu 2mnggu pertama. Sebab kesian anak. Balik umah kul 9 malam. Dengan zara meragam. Suka buat perangai. PAstu opi plak, taktaulah kenapa taknak minum susu botol. Dia sanggup tunggu aku balik kerja baru minum susu. Sophie, takminum susu formula, dia allergic susu lembu. Dah try susu soya, dia muntah. 

Dengan waktu pump taktau mana hala. Pastu pump rosak. Mommy try pump mmg susu tak keluar. Mungkin sebab letih dan stress, mmg stok takde langsung. Alhamdulillah Sophie dah makan. Selalu dia akan banyak, and minum air masak banyak and dia amik buah setiap hari. Cover makanan tu jela, bila dia takminum susu.

Aku dengan lee, antara yang advance. Advance dari segi anak. Dah dua anak kami.. hahaha. Kadang2 memang ade Tanya,


Ain, senang tak ade anak dua?

Camne ko handle anak ko dua orang? Kecik2 plak tu?

Tak letih ke?


Keypoint adalah kerjasama. Kalau takde kerjasama, aku rasa aku royan. Ada anak yang boleh consider agak rapat. Bukan senang. Kakak nk perhatian. Adik lagila kene bagi perhatian. Kalau suami takbagi kerjasama mungkin susah bagi aku.

Terima kasih suami.

-_-

Sekarang aku nk cerita pasal, THE TERRIBLES TWO.

Sekarang zara mengalami tantrum yang kuat. Dah Nampak dah terrible twos yang makin menyerlah. Di usia 2tahun 8bulan, Nampak sgt nk throw tantrum takpasal2. Mommy penat sgt, balik kelas balik kerja, dia buat perangai. DiA KATA,

Mommy laparla..
Bila mommy dh senduk nasi, taknakla kenyang dahhhhh…
Pastu ada satu masa, dia nk masukkan susu dalam botol, smp tumpah2.. pastu mengamuk bila mommy takbagi.
Bila mommy balik kelas, dia akan sentiasa cari pasal. Nak ni nak tu, bukak peti ais. Nak air sejuk.
Pastu menangis sekuat hati.
Pastu degilnya ya rabbi, tuhan je tau.
Pernah satu hari, zara bukak peti ais, amik air susu and dia boleh hayun pintu ais kuat2 dah mcam nk tumbang peti ais tu. Cuba bygkan? Tergugat tak kesabaran?
Sophie,pulak kerana careless. Taksedar pon dia penah makan duit syiling. Tetiba je, die berak dua biji syiling 20sen yang lama. Nampak sangat, rumah dh tunggang langgang, taktau bila masa dia makan.

 

**
Letih sangat.

Sampai satu masa, rasa mcm nk pukul. Rasa macam nk lempang. Tapi takbuat lagi. Masih bertahan. Lepas tu, minggu pertama sambung study, suami mcm buat muka. Rasa mcm tetiba taknak bagi kerjasama pulak dia. Cakap nk marah2. Mungkin dia rasa letih. TAPI, SIAPA LAGI LETIH DALAM SITUASI NI. 

Takpelah, mungkin dia takleh adapt new environment kan. Masuk minggu ketiga, feedback positif dari daddy, dia dh boleh ingt bila mommy ada kelas. Bila dia kene balik awal untuk amik anak and jaga anak. Dah takde nada letih, takde nada suara yang mcm bengang. Everything smooth.

Tapi kisah tantrum zara belom berakhir, ade satu hari zara nangis je.. ni tak kena tu tak kena. Dia kalau nk nangis dia takpeduli. Dia akan pukul kita, tolak adik dia kuat2. Mmg kesabaran dh dihujung tanduk. Selalu bila saat2 mcm ni, aku akan sentiasa ingat. Sabarla, anak kecik perlukan perhatian. 

Mungkin sebab kita dah tinggalkan dia satu hari, dia nak kita peluk2 dia, sayang2 dia. Ikut cakap dia. Bila aku pujuk hati cmtu, mmg sabar tu mujarab. Takjadi marah, takjadi nk tertinggi suara. Kadang2 terlepas juga, mommy insan biasa…Sorry zara..

***

Kadang2 terfikir. Sedihnya.

Most of the day, most of the time, bukan tangan ni, yang jaga anak2. Bukan aku yang suapkan makan, seharian masa zara dan sophie dengan cikros. Dengan Nekdah. Loser nya seorang ibu, bila tanggungjawab seorang ibu dibuat oleh org lain.

Sebak sangat bila tengah tulis ni. Berjujuran air mata mommy.

 But when this happens, I somehow feel that salahkah buat cmni? Adakah kemungkinan yang satu hari nanti Zara & Sophie akan cakap,

Mummy, we do not want anything. We do not want nice clothes. We do not want a good life. We just want you to be with us more than anything in the world. But you were never there for us.

***

Semua ibu, sayang kan anak nye. Tak kira, full time mother. Full time working mother. Even, full time studying mother.

Selepas suami, anak2 dan keluarga, orang yang paling aku sayang. Adalah orang yang menjaga anak2 .Orang kedua selepas keluarga yang saya percayakan, adalah CIKROS.

Taktahu mcm mana cikros handle Zara, dimana TANTRUM nye tengah menggila. Kalau kita yang bukan 24jam dengan this terrible twos, taktahan. Macam mana Cikros handle?


Alhamdulillah, saya percaya cikros Berjaya handle dengan baik.

Semoga ALLAH murahkan rezeki cikros. Merahmati hidupnya dan keluarganya. SEpanjang usia zara, cikros buat dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara. Malah kuku zara pon cikros potong. 

Seteruk2 zara melemparkan tantrum nya, cikros handle dengan bijak.

I am working mother.

I am part time student.

Berapa sangat masa yang ada untuk anak2. Masa anak2 banyak dihabiskan dengan cikros dan nenek dan atuk mereka. Mereka, cikros & nekdah & atuk yang melengkapkan zara dan sophie denagan perkara2 yang mungkin mommy takdapat sempurnakan. Semuanya kerana kekangan masa dan tenaga.

Terima kasih, semoga Allah merahmati Cikros, Nekdah dan Atuk.