HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Thursday, July 10, 2014

Sophie Adhalea Bt Mohamed Fadhlee


Dah lama sgt entry ni terperuk kat dlm my document.
Hahaha

Sophie skang dah 5 bulan dah pon.

Genap 5 bulan pada 9th July 2014. Dah pandai meniarap waktu umur 3 bulan setengah. Pastu 4 bulan lebih dah pandai meniarap package bergolek2 sejauh 10meter.

Nak cite sikit2 pasal sophie. Aku tahu aku megandung opi, waktu zara setahun sebulan. Time tu, aku baru start keje kat AlloyMtd 3 minggu setelah takbekerja selama sebulan. HAhaha. Berhenti kerja secara drastic sebab buat kali pertama aku takpuas hati dengan boss. Dengan prinsip 'kalau taksuka baik kau blah, buat ape kau duduk kat situ makan gaji tapi ko mengata macam2', jadinye berhenti je lah. Rezeki ade di mana2.

Alhamdulillah, janji Allah tu pasti. Aku berhenti kat situ, terus dapat kerja yang lebih baik, environment bagus, boss baikk, baru kerja 6bulan dah dpat bonus. Terbaikk kan? Ape lagi nak? Biasala takdela perfect sgt Alloymtd ni. Tapi so far mmg bagusla. Cacat cela sikit2 tu biasala.. aku pun bukan perfect sangat. Jadi give and take.

Waktu tau aku mengandung, mmg rasa cuakk gila. Cmne aku leh mengandung ni? Adakah kerana bersuka ria menjadi suri rumah selama sebulan tidak bekerja...? HAHAHAHAHA. Waktu tu mmg takdapat terima kenyataan. Rasa mcm down, rasa mcm ape je….. dah terpikir macam2. Yang di luar jangkaaan pun ada. Alhamduliilah, iman masih kuat. Aku masih mampu untuk melawan bisikan syaitan yang macam sentiasa berbisik tanpa henti. Yang sentiasa berbisik ke arah kemungkaran. Tak smpai hati nak melakukan2 perkara2 terkutuk.

Masa mengandung, dugaan mmg teruk. Lagi teruk dari mengandung zara. Alahan yang teruk, sepanjang mengandung boleh kira bape kali aku masak. Most of the time mmg makan luar. Takpun makan umah umi. Bile dh masuk trimester kedua, dugaan lagi berat, sakit pinggang yang teramat. Dengan zara yang tengah melasak. Anak aku asyik terjatuh lebam sana sini. Takterurus langsung zara.Kesian dia. Masuk trimester ke 3, dugaan lagi berat, time tu ade GDM plak.kene control makan. Memang time ngandung aku craving bende2 manis. Nak cake, pastu asyik western je. Pavlova, cupcake pelbagai perisa. Gila kan.

36 weeks, mmg sentiasa berdoa. Tolongla bersalin, dh pujuk2 anak dlm perut..cept keluar.cepat.mommy taklarat. Sungguh2 taklarat.sakit pinggang melampau.dengan perut berat, nk jalan nak duduk nak tido nak baring bukan main susah lagi la. Tapi tak keluar jugak.

37 weeks, ade sorg kawan cakap pegi beli gymball. Bounce atas tu mane lah tau boleh kuar awal. Adoi, pegila tesco beli gym ball RM29.90. dh kat umah berebut plak dgn zara nak duduk atas gymball tu. Tak juga baby nk keluar.

38 weeks, rasa nak menangis. Stress. Setiap malam menangis mengenang nasib. Kenapa di duga mcm ni. Mmg dah rasa takboleh teruskan kandungan. Rasa nk bedah perut sendiri. Kesian dgn hubsy, dengan zara. Dahla taklarat buat satu apepon. Hubsy yang tolong wat semua benda. Mmg rasa kesian. Rasa mcm kenapa perlu cmni.

39 weeks, rasa marah sgt2. Sebab baby taknak keluar. Tapi dh rasa cm taksabar nak habiskan minggu tuh. Doc cakap by the end of the week, kalau tak bersalin jugak masuk hosp terus. Kita akan induce. Hari isnin serah diri. Which is 10 feb 2014.

So, dlm hati berdoa lagi, jgnla smp induce.kuarla cepat. Kuarla cepat.

8th Feb 2014, haiih. Rilekje. Takde pun tanda2 nak bersalin. Sakit takde.ape pun takde. Mcm ari2 biasa yang dilalui sebelum2 ni. Esoknye, daddy nk pegi kuala pilah dgn dengkil sebab best firend kahwin. Dalam hati, bagi jelah pegi.Takpe. takde rasa pon nk bersalin. Redha je la kene induce ari isnin.

9th feb 2014, daddy dh bgn kul 8.30am, dia dh bersiap2 dh nk gerak. Dia mandi and buat mcm2 tuk zara. So, kul 9.30 tetiba rasa cm sakit perut. Mcm contraction. Daddy nk kene kuar umah kul 10.30. Dah bgth kat dia. Apesal sakit perut. Rasa mcm taktahan lah… time tu mesti dia pikir, adoi berlakon ke bini aku ni.. dh nk kuar dia boleh cakap sakit pulakkk.. hahaha. Tapi aku ade cakap dgn dia. Takpelah b pegila, dasuki (Adik) ade.. ape2 nnti suh uki je. Umi dgn abah takde time tu, sebab pegi kursus haji. So, kul 10am try pegi mandi..memang lega betul dapat mandi. Contraction hilang.Lepas mandi rasa sakit. Kejap sakit kejap tak. 

Bile monitor contraction tak stabil pon. Ke aku salah tekan apps tu.ntahla..tapi mmg takstabil. Kejap 10min, kejap 3min, kejap seminit. Tanda2 nk bersalin kan regular contraction. So biar je, last2 lee kata jomlah pegi hospital. Mcm lain je. Dlm hati rasa mcm taknak pegi.. time tu daddy siap2 kan brg zara tepaksa hantar rumah cikros. Nasib baik cikros ade. Klu tak cmne nk mengangkut plak zara ke hospital. Kuar umah kul 10.30, smp hosp 10.45. sempat grab kurma sebiji. Makan on the way dlm kete. Tu jela breakfast. Smpai2 nurse suh masuk tgu plak kat tepi… menunggu dh bengang dh time tu..mmg aku rilek je… takde cakap sakit ke ape. Smpai lah masa taktahan sgt, bgth dia bila turn saya ni. Saya dh sakit sgt ni. Mgkin dia tgk aku rilek, takmcm sakit pun , doc situ jwb, kene tgu turn. Yg lain2 ni pun dh tgu lama. Aku sempat jawab, skang ni saya dah taktahan. Terus ade doc datang, tanye mcm2. Terus pegi katil belakang. Tgk buku, soal mcm2 terus nak buat VE. DAH 6CM. Sempat doc tu cakap, dah 6cm puan, patut puan rasa sakit. BODOH. Kau ingat aku main2?. Datang plak doc lain, dia kata kat nurse, kene tolak gak aku gi labour room. Takut cepat, ni 2nd child. Sementara tu toksah cakapla sakitnye mcm mane. Time tu jugak ade rasa menyesal. Kenapa aku mengandung?sakit tau x nk bersalin. Hahahha. Siap mintak doctor ubat tahan sakit. Dia pun cucukla, dh aku mintak.lega mmg lega. Tapi kejap je lega. Kejap lega kejap sakit. Mengantuk satu hal. Tengah duk tgu dorg tolak pi labour room, sekali air ketuban pecah plak. Tengok2 dah warna hijau. Tapi light je. Doc cakap, dah light, baby dh berak, so dia akan monitor dlm labour room. Aku cakap kalau baby dh berak, jgn hold.if you want to czer , just czer. Jgn siksa I tahan sakit lama2 at the end u nk czer sebab baby dh berak. I taknak terima alasan tu kalau another 2hours u cakap nk czer. I dah taktahan sakit. Dia kata, no puan, air ketuban ni light sahaja. Still boleh lagi untuk normal. Puan nk czer ke?i tak suggest puan czer. Normal la puan. Don't worry this is not your first time. I believe you can handle this. Okay.

The good thing is, hospital selayang memang dh apply gentle birthing. Sepanjang aku nk bersalin, dia dgr je cakap aku.takpernah paksa, klu aku kata taknak. Taknak. Dia takkan bagi. Ade doc Islamic, siap suh baca doa.ingatkan aku doa. Yang time tu aku xleh ingt doa.sangat2 membantu. 1pm- baru 7cm. 1.45pm-8cm. 2.30 still 8cm. tapi mmg rasa mcm dh nk teran sgt dah.rasa sakit yang mmg takdpaat ditanggung. Rasa nk putus nyawa dah. Dulu bersalin zara takde sesakit ni. Dah cuba try 2kali, doc kata teknik salah. Take time. 

Kalau u dh start teran dia ade setengah jam je tuk monitor baby kuar, klu tak, dia tepaksa vacuum. Bukaan dh 10cm, dia kata kalau nk teran bgth, dah bersedia cakap. Kalau baby tak kuar jugak, so dia amik vacuum. Aku dgr dia cakap vacuum mmg aku dh rasa seriau. Dah dpt aku bygkan koyakan besar tu. Nk jahit lagi. Gila. So, dh tekad mesti berusaha sedaya upaya. Teran, tetiba mmg rasa baby nk kuar dah. Tapi rasa pedih yg amat taktau nk kata la.pedih sangat. Terhiris ooh. Nurse cakap okay puan dh nmpak rambut, ayah tgk ni rambut dia. Teran lagi.teran lagi. AlHAMDULILLAH. Keluar jugak akhirnya baby perempuan seberat 3.6kg. Last week scan baby baru 3.1kg. taktau cmne leh kuar 3.6kg.patut berat gila. Pastu susah plak tu nk kuar.Hampir2 kene vacuum la.

Alhamdulillah. Time entry ni ditulis, Sophie Adhalea, cukup sempurna dengan usia 5 bulan.


 *fresh from oven* *sejam lepas bersalin*


                           *photoshoot dengan lilnborn waktu sophie baru 6 hari*

No comments:

Post a Comment