HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Monday, July 14, 2014

Sophie-Batuk, neb and suction


Sophie dh seminggu batuk, mula2 daddy sakit.demam2 pastu selsema pastu batuk. Daddy jenis degil nak makan ubat.jadi makan ubat mcm nak taknak. Dia taktau anak kecik senang berjangkit. Bila dia dh start makan ubat. Dah terlambat sebab anak2 dua2 dah berjangkit.
Yang paling kesian opi kene selsema. Lepas tu hari ketiga batuk datang. Hari2 memang mommy akan amik vitamin c 1000mg. Opi fully breastfeed, dengan harapan supplement yang mommy makan akan salur pada opi. Biar immune dia kuat. Dalam masa yang sama mommy mmg yakin sangat2 yang susu ibu tiada tandingan. Mommy yakin sangat2.

Tapi kali ni, Allah mmg nak uji. Dah lama mommy tak diuji. Jadi Allah turunkan sikit dugaan. Opi batuk2 berkahak tak sihat2. Badan kejap demam kejap tak. Alhamdulillah opi taklah meragam teruk. Meragam sikit2 je. Biasala budak taksihat mestilah mergaam kan. Mommy mmg bersedia benda2 cmtu. Hari ke 4, mommy dh start susah hati, mommy dh wat research ( a worried mother do the better research than FBI) kannnnnnnnnnn……….. hahahha. Mommy baca yang klu budak batuk takboleh lebih dari seminggu, takut kahak tu masuk paru2 takpun kahak tu membeku dan akan menyebabkan anak sukar bernafas. BAHAYA. Opi baru 5bulan. Mommy taksanggup nak merisikokan hidup anak mommy kalau hold lagi dan bertahan.
Serta merta mommy buat teknik air stim tuk cairkan kahak. Setiap 4jam. Meronta2 lah opi, berjejes-jejes air mata opi.. mommy amik air panas, masukkan vicks, sebab nk bagi berangin pastu halakan muka opi kat air stim tu.. berpeluh2, smbil2 mommy tepuk belakang opi. Memang hingus kuar tanpa henti. Bila mommy tengok banyak hingus meleeleh, mommy suh daddy sedut gune nose cleanser. Kalau time stim kan pun opi dah meraung, apetah lagi time kene suction, menangis berderai2 air mata. Air mata opi membuatkan air mata mommy pun berderai. *drama queen* tapi serius super sedih, opi ni jenis jarang nangis. Dia takkan nagis mengada saje2, dia akan nangis kalau mmg ade bende takkena. Contoh, sakit ke, ngantuk ke.. even kalau mommy terlupa tukar pampers, yang mmg dia dh kencing lama dah berat dh pun pampers, dia takkan nangis. Punya la kental opi ni. Dia sabar je. Ikut mommy ni… hehehe. Pendek kata, kalau opi nangis, maknanye mmg bukan lah perkara yang boleh kita saje2. Mommy ni emo betul kalau anak nangis. Takboleh dengar anak nangis. Takpaham mommy ape masalah ntah. Now, berbalik cite tadi, sehari mommy ulang buat stim, tapi kahaknye takkuar2, mmg sentiasa banyak, bila tido malam tu, buat kali pertama opi tido taknyenyak. Menangis sebab dia marah kan batuk dia. Setiap kali dengar opi batuk, meruntun jiwa, kalaulah kita boleh tukar tempat opi…

Esoknya, mommy dh nekad nak bawak opi pegi klinik wangsa,klinik doctor nadir . Mommy dh pikir macam2. Kene sedut gak kahak budak ni. Ape pon jadi kene kuarkan, mommy taksanggup masuk hosp kalau mommy takamik tindakan ni. Kene sabar, kene kuat untuk kebaikan anak. Biarla org kata takyahla sedut, kesian budak. Kesian.kesian. Ingat mommy ni tak kesian?ingat saje2. Ape2 jadi pada opi, mommy yang tanggung. Ape2 jadi di kemudian hari, semuanya di bahu mommy, org yang cakap kesian,kesian kesian tak tanggung ape yang mommy tanggung. Dah cakap dgn daddy, dia angguk je. Haiih, daddy biasalah sumenye mengangguk, mmg hobby dia angguk je.. HAHAHHA. TAKLAH, bagi dia, kalau reasonable mmg dia follow je.

Kul 11.30 pagi mommy smp kat klinik. Masuk2 je, ya ampunnn ramainye orang. Letih terus bile tengok orang ramai. Ni dh agak dah bape lama nak kene tunggu ni. Dalam kul 1, doc panggil masuk. Dia pon tengok buku baru je. Memula dia check zara dulu, dia tanye nama anak = zara, umur anak= 2tahun, bersalin normal ke czer=normal, penah masuk hosp ke tak=tak, mak ada history lelah ke=tak, daddy ade lelah ke=YA. Okay, doc bagi ubat cairkan kahak, galakkan muntah, so takyah neb, xyah suction sebab doc kata dia percaya zara dh pandai kuarkan kahak, dia akan muntah. Muntah is good. Let her muntah. Doc cakap. Okay mommy okay je. Okay round kedua, dia tanye nama anak = sophie, umur anak= 5bulan, bersalin normal ke czer=normal, penah masuk hosp ke tak=tak, mak ada history lelah ke=tak, daddy ade lelah ke=YA. Ooh, both anak you bagus eh. A great history. So then dia pun dgr la dada opi, yang opi ni tgk muka doc dh cm ape. Dia ingt doc tu nak agah dia kot, dah standby senyum. Hehehe. Doc kata dada and nafas takde bunyi. Mommy pon cakap mommy dh buat stim, tapi still takberkurang. So dia bagi dua pilihan. PERTAMA, dia suruh neb, then balik umah teruskan buat stim tu. KEDUA, neb 15min, doc sedut kahak tu guna tiub. Terpulang pada mommy. Mommy kata pilihan kedua. Doc kata why? Sebab I giveup, I cant hold, I cant stand to see her suffering cough. Just do what you think best & I believe the best is option 2. Dia kata okay, lets do it. Dia pun cakap kalau baby mmg dia kalau boleh nk sedut terus. Dia pun taknak kahak lama dlm badan. Banyak akibatnya. Waktu buat neb usah cakapla. Opi memang meronta2, menangis.kesian. memang kesian. Tapi mommy tahan.sabar.sabar.ada hikmahnya. Sampai satu masa opi sampai takmampu nk nangis. Slow je nangis dia. Tgk2 doc kata lagi sikit, dah nak habis. Sebelum doc sedut, dia tunjuk tiub, dia kata ini normal, lembut je ni puan, jgn risau saya akan sedut. Memang mommy nmpak tiub tu, lembut je. Takkan cederakan tekak pon. Tiub tu lembut cm belon punye surface. Dia kata, sometimes akan kuar darah sikit, tu normal ye puan, jgn terkejut. Procedure ni biasa. Kalau baby baru lahir pon, kami buat mcm ni. Then baru teringat. Ooh sama la baby baru lahir, kan doc nk sedut lendir, tula procedure yang sama. Time sedut kahak, opi tak nangis, mmg kuat budak ni, nmpak mcm nk nangis taksempat agaknya, nmpak la dia nk muntah.. sebenarnye doctor masukkan tiub tu, dia mcm nk geli2kan anak tekak je, so opi akan rasa mcm nk muntah then automatic dia akan tolak kahak tu ke atas dan doc tinggal sedut je.. bukan doc nak masukkan tiub tu dalam sedalam2nya. Now, mommy paham, sama je kalau kita wat stim, tepuk2 opi akan rasa nk muntah, tapi dia takpandai kuar kan. Concept yang sama. Jadinya ibu2 bapak2 jangan la minded tertutup ye.

*neb session*


Positif dan fikir. Kesian kesian kesian, smp bila nk tengok anak suffer. We cannot win everything. Kita takboleh duduk dalam zon selesa selama2nya. Sometimes masa2 sukar mmg kita kene face. Hasil dari sedut tu, memang banyak la kahaknye.. terlampau banyak. Bayangkan kahak yang banyak ade dalam dada opi yang kecik, no wonder kalau baby batuk berkahak banyak, confirm masuk spital or warded kalau takberkurang. Lepas dari sedut tu, memang opi nmpak macam lega sangat2. Tak kerap batuk mcm sbelum ni, tapi kahak tu masih ade lagi. Yela bygkan haritu doc sedut pon banyak kuar, skang ade lagi pon masih dgr sikit2 kahak dia. Bygkan berapa banyak kahak? Bygkan klu aku tak pegi sedut?

*zara pon cm takut adik kene neb, dlalam hati dia ntah2 pasni turn aku lak.. hahaha*


 

*selingan*

Waktu mommy tgh wat research pasal doc nadir kat satu blog, mommy Nampak satu komen ni, serius rasa empati, tapi mintak dijauhkan dari kita semua. Semoaga abang ni diberi ganjaran yang hebat selepas diduga mcm ni. In sha allah. Janji Allah itu pasti.

 



 

*habis selingan*

 

Doc kata kalau another 3,4 days opi still taksihat masih berkahak dia suh dtg lagi sekali, sedut lagi.. Mmg mommy akan elakkan la.. doc pun ade bagi ubat. Nampak mcm beransur pulih. Harap2la.
Ooh, lupa nk cakap cmne mommy leh tau klinik ni? Kawan mommy cikin yang btgth. Dia cakap anak dia kalau batuk berkahak mg dia bawak sedut. Sebab dia takut kahak lama2, takut katanya. Mommy pon ape lagi sebelum mommy decide buat sesuatu mmg mommy akan buat research tanye orang, belajr betul2, tengok pro n cons. Bukan main dengar cakap org je ye. Dalam buat research pasal klinik ni, mmg ade nmpak gak bad reviews, contohnye pengalam parents bawak anak, tak diberitahu sebelum neb dgn sedut, xleh minum susu, kene neb bape lama. And mcm2 lagilla, the dia slaahkan doc and nurse sebab takinform dia… deyy, klu klinik tak cakap ko tanyela, takpun wat research dulu. Memang mommy dapat info sebelum dg klinik, jgn bg susu, neb 15minit, suction lebih kurang 10-15minit.kahak sikit 5minit jela. Kita sebagai ibu bapa takkan nk tadah je anak kita bagi doc. Takkan nak main percaya je. Agak2 la. Memang dia doc, tapi perluke kita as ibu bapa percaya bulat2. Taktahu tanye. Kita educated people, jangan senang bagi kene pijak. Tu je. Tapi at the same time, jgn plak ko tunjuk pandai lagi dari doc. Agak2la, ajak berdiskusi, I believe doc mmg layan. Selama ni, aku pegi mane2 doc mmg dia layan, dia nmpak aku wat research so definitely they will not underestimate. Betul, memang kita bayar, tapi jgn atas tiket bayar, kita nk expect org bagi lebih dr kita bayar. Reasonable sikit.

Dengan naiknya entry ni, kawan2 yang tertanya2 opi, tertanye cmne process buat neb dengan suction, nil ah dia panjang cite kita. Hehe.

Mommy takpenah nak kedekut kongsi ilmu and pengalaman. Mana yang baik datang dari Allah, yang buruk dari mommy. Anything, nak tanye lebih lanjut whatsapp mommy tau! Jangan pm fb. Memang konfem susah nk balas. Kalau whatsapp atleast masa2 terluang mmg akan cari masa nk balas jugak. Hope, kawan2 sume doakan opi dan zara terus sihat, in sha allah.

No comments:

Post a Comment