Lea Zara Bt Mohamed Fadhlee
JENG JENG JENG.
Dalam facebook, aku duk ulang nak train zara tido awal
supaya dia boleh bangun awal. Almaklumla persediaan nak pegi sekolah tahun
2015. Eh eh eh SEKOLAH? Bukan sekolah, ade perbezaan ye kawan sekolah dengan sekolah
main atau playschool atau preschool.
Aku taktaula keputusan aku dgn lee ni adalah tepat atau
tidak nk masukkan zara playschool di saat zara baru mengjangkau 3tahun. Babe, 3
tahun dowh.. kecik lagi. Kesian kot kene bangun awal, kene siap2 gosok gigi mandi
awal pagi.
Tapi demi masa depan yang cemerlang di zaman yang mencabar
ini, aku tepis je semua yang negative. Haaaa…… bermula episode mencari
playschool terbaik yang kami je RASA terbaik, bagi org lain kami taktau.
Korang
percaya tak, aku ni kaki survey. Bab survey meng survey, mmg kepakaran aku.
HAHAHAHA. Aku dh start survey playschool zara since may 2014. Gila..bila org
dgr mesti cm poyo gila ain. Tapi mmg itulah mslh aku. Alangkan birthday party
anak pon aku dh start plan 3bulaan sebelum. Apatah lagi nk cari playschool
anak. Takkan sebulan sebelom masuk sekolah..kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Zara kan ada pegi kelas playgroup every weekend. Kelas tu
still On, mgkin playgroup tu aku akan cut off jadi 2 kali sebulan atau paling
minimum sebukan sekali kalau zara dh start playschool.
Okay, mgkin ade yg masih tertanya ape maksud Playschool
dengan Pre-school? Maksudnye playschool dengan Tadika biasa?
Playschool ni cenderung kepada bermain sambil belajar.
Tadika tu lebih kepada pembelajaran.. Duduk atas kusi, then belajar ape yg
diajar. Jadi takde timbul issue, ‘sian dia ain, kecik lagi, stress dia kene
belajar awal2’ ‘nanti budak pandai sangat bile masuk tadika dia dh bosan.’
Bukan ye, sila google cari maksud playschool.
Bila aku katra nk masukkan zara playschool, nenek zara la terutamanya
cakap kesian and blab la bla.. ade jugak makcik2 aku cakap takpayah la
apela…tapi aku biarkan jela.. sebabnya maybe dorg taktau kan.
Zaman sekarang
bukan macam dulu. Bila sebut sekolah terus terbayang budak umur 3tahun duduk rapat2
dalam kelas then tengok cikgu ajar apa. Takpa2… Kalau cmtu mmg la aku kesian la
jugak. Kan..
So, selepas buat review, melawat kawasan2 playschool kat
area selayang ni, aku dgn lee dh decide nk enroll Brainy Bunch International
Islamic Montessori (BBIM), Selayang. 2kali aku pegi centre ni. Semata-mata nak
bagi puas hati. Sebab takut tersalah pilihan kan. Aku dh tengok setiap pelosok
kelas, bila bawak zara dia mcm happy pulak. Sempat main pulak dalam kelas.
Memang dah lega sikit. Harap2 la dia okay bila start sekolah nanti.Aku takde
pilihan. Susah nak cari tadika yang menepati kriteria aku. Ade yang tadika
rumah landed. TApi tadika cina.
Nanti anak aku makan bende bukan2 cmne. Ade tadika landed
yang melayu, tapi bukan Montessori Islamic pulak. Takpela, zara pon baru 3
tahun. I just make it a try. Kalau tak
okay, 4 tahun aku try la jenama lain pulak. Geniius Aulad ke.
Cerita pasal fees. Emmm. Bila aku kata je nk hntar
brainybunch, adela mulut kawan2 yang kata, eleh…ko ni nk hntar yg mahal jek. Tu
sebab aku malas betul nk jawab soklan tu. Tapi apakan daya, aku ni ade masalah
berkongsi. Aku suka kongsi ape yg jadi dgn aku. Ape jadi dgn anak. Mungkin stgh
org kata takyahla dok cite semua… Tapi jujur, setiap kali aku post bende cmni
mmg sumpah demi allah, ade je yg sangkut. KAWAN2 whatsapp tanye2 info. Tau x, dengan perkongsian selama ni, kawan
dalam facebook yang takpenah tegur jadi rapat. Kawan yang dulu hanya msg pakai
fb je, skang ni kitorg sharing cite dlm
whatsapp. So, dari situ kebaikannya dalam amsa yang sama aku pon ade gak bende
taktau. Jadi, ade jugak yang aku belajar dr korng. Tau x. Aku takpeduli dengan negative thinking org.
Aku tau niat aku. KANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN…
So zaman skang ni, fees yg bawah 1k mmg aku rasa takdela.
Nak2 kawasan selayang ni dh la dekat dgn KL. Mencanak2 fees. Lepas aku decide
nk enroll BBIM, aku pon byr booking RM200 kat centre. Dalam bulan 10 aku bayar booking Cer korg bayangkan..punya la awal. Sebab nye memula aku xnk hntar
BBIMselayang, nak hantar Taman Pelangi Gombak. Boleh plak, baru bulan 10/2014
branch tu dh full. Siap dia kata puan leh masuk waiting list kami. Allahu,
punye la cepat. That’s why, bile BBIM Selayang ni aku byr je la booking terus.
Malas aku nk pikir, nak tgu. Tgu sana , sini berciciran.
Dalam bulan December 2014, aku dapat email dr teacher dia
suh bayar full fees before masuk kelas.
Untuk First Term, termasuk yuran
Enroll, baju la ape sume Total RM1980.00. So, mmg kami laki bini dh prepare dah
dr pas byar booking dalam bulan October 2014 yang fees banyak tu.Lepas dari tum
mg kami dh wat saving awal2. Al maklumla, kami bukan duit berkepuk. Takpe2,
duit boleh cari. Aku dgn lee mmg jenis
untuk anak, aku akan cuba yg terbaik. Takpe susah sikit. Takpegi holiday hujung
tahun demi untuk byr fees. HAHAHAHAHAHA. Of course. Aku tahu, orang lain pon
sama macam aku. MaNA ada mak bapak yang taknak yang terbaik. If you’re willing
to pay. Why not. Kann..
Dalam masa yg sama, aku dgr mcm2 pasal BBIM, lepas bayar
booking, pengalaman anak kawan, rambut kene potong sesuka hati oleh untie yg
jaga daycare. AnaK kawan aku plak, kene dera dgn BBIM cawangan BLABLABLA smp
jadi kes polis. Aku jadi redho jela. DOa banyak2 supaya takjadi ape2. Zara ni
pegi kelas playschool pagi je, Kelas start dari kul 8am- 12pm. Lepastu zara
balik umah cikros.
Sehari sebelum pegi school, aku mmg dh tanam dalam kepala
otak zara
‘ tomorrow you will
go to class okay’ dia jawab okayyyyy.. ‘
LEpas 3ominit,
‘Esok zara pegi sekolah tau, pakai baju sekolah. Bawak beg.’
Dia jawab ‘okayyyy’ dengan riang..
Lepas 30minit,
‘esok zara main dgn kawan eh, if u want something u shoud
say what?’ ‘Pleashhhhhh’.. ‘I will pick
u up after school’ ‘ okayyyyyy..’ dia jawab…
Sampaila malam aku asyik duk ulang… ALHAMDULILLAH. Pagi tu aku bangunkan dia.,
dia taknangis langsung. Unbelievable. Sempat siap2. Pakai bedak. Pakai sepit
‘PINSHESS’ (Princess)…Sampai sekolah ya
ampunn tak kekok sangat.
Naluri aku kuat cakap, maybe dia dh biasa bila cakap pasal
class, dia dh terbanyang playgroup kat GBOB. Ade kawan. Ade teacher. Budak2 kan
senang absorb. Alhamdulillah., mmg Allah mudahkan.
Anyway,
Aku rasa dh takde point tertinggal. Hujung tahun, aku kongsi
bagus ke tak zara masuk playschool. Ade development ke tak. Takpe, kalau
takelok pon, in sha allah aku akan kongsi.Dalam 5,6 bulan aku kongsi pulak
aktiviti dalam kelas playschool ni YE..
Doakan anak ini menjadi insan berguna dan solehah pada kami.
Aminnnnn.
*tengah tgu kejap, bagi dia main, leka,pastu aku dgn lee dgn opi terus balik*
No comments:
Post a Comment