HeartBeat

HeartBeat
Parents withs Two Daughters

Tuesday, April 28, 2015

Mommy dan Kemarahan


Last two weeks, mmg masa yang sangat mencabar.
Buat pertama kali rasa penat, rasa give up.
Stress. Selalu sangat sakit kepala.
Of course la, klu kita terlampau stresss mmg kita kan pening kan.
Setiap kali balik rumah, opi dgn zara asyik buat perangai.
Mungkin nak kan perhatian.
Tapi mommy takde pilihan. Siang dh keje. Balik keje baru nk start buat, dh dtang kcau.
Klu takdatang kcau, diorg berebut mainan.
Dah sorang menangis.
Kalau takberebut, dah opi jatuh kepala berdentum.
Menangis.
Kalau takjatuh, zara pulak main panjat2 sofa. Main brg kaca. Okay jatuh barang,
Kaca bederai.
Of course mommy bengang.
Mula2 sabar.
Pastu sabar lagi.
Pastu dah takboleh sabar lagi.
Runtuh dah kesabaran mommy.
Kdg2 terlepas cubit.
Kdg terlepas tangan.
Kesian opi, kecik2 dah kene pukul peha. Mommy rasa mommy pukul sikit Je. tapi opi duk pegang je peha dia. EMMMMM… mgkin dia takpenah kena. Sekali kena, terkesan terus.
Mommy menyesal.
Mommy nangis.
Sebab kerana diri sendiri, anak jadi mangsa.
Itu adalah kali terakhir mommy buat.
Sampai harini terkenang2.
Dulu, bila mommy baca cerita org pukul anak, selalu terdetik kenapa takdapat kawal kemarahan?apalah anak tu tau. Kan kecik lagi.
Tapi, bila diri sendirI kena, baru tau kenapa takboleh kawal perasaan.
PENAT.LETIH.STRESS.
Allah nk uji Mommy.
Belajar dari kesilapan ain.
Bukan semua orang mampu mengawal kemarahan.
Sabarla.
In sha allah. Sama2 kita memperbaiki diri.
Setiap kelemahan boleh diperbaiki.
Setiap ujian Allah takkan turunkan untuk yang tidak mampu ditanggung.
Bukan semua orang akan faham. Even, yang betul2 berdiri di sebelah kita.
Happy Advance 3rd Mothers Day, Ain.



Monday, March 2, 2015

THE TERRIBLE TWOS.


Assalamualaikum…


Sebulan senyap. Takde update blog pon.

Rasa busy gila.

Sekarang dengan kerja melambak, dengan kelas lagi after office hour. Bukan nk merungut. Tapi masih dalam proses sesuaikan diri. Rasa tangan ni jadi mcm tangan sotong. This nk buat. Theres nak tengok dan siapkan. That ade dateline, kene focus betul2.

Betul orang kata belajar sambil bekerja, ditambah dengan anak yang masih kecil bukan senang. 

Waktu memula aku post kat fb sbb sambung belajar sume cakap salute sebab ade keinginan. But, aku time tu rasa cm biasa je. Dalam hati, susah ke? Ye mmg susah. Rasa nk giveup waktu 2mnggu pertama. Sebab kesian anak. Balik umah kul 9 malam. Dengan zara meragam. Suka buat perangai. PAstu opi plak, taktaulah kenapa taknak minum susu botol. Dia sanggup tunggu aku balik kerja baru minum susu. Sophie, takminum susu formula, dia allergic susu lembu. Dah try susu soya, dia muntah. 

Dengan waktu pump taktau mana hala. Pastu pump rosak. Mommy try pump mmg susu tak keluar. Mungkin sebab letih dan stress, mmg stok takde langsung. Alhamdulillah Sophie dah makan. Selalu dia akan banyak, and minum air masak banyak and dia amik buah setiap hari. Cover makanan tu jela, bila dia takminum susu.

Aku dengan lee, antara yang advance. Advance dari segi anak. Dah dua anak kami.. hahaha. Kadang2 memang ade Tanya,


Ain, senang tak ade anak dua?

Camne ko handle anak ko dua orang? Kecik2 plak tu?

Tak letih ke?


Keypoint adalah kerjasama. Kalau takde kerjasama, aku rasa aku royan. Ada anak yang boleh consider agak rapat. Bukan senang. Kakak nk perhatian. Adik lagila kene bagi perhatian. Kalau suami takbagi kerjasama mungkin susah bagi aku.

Terima kasih suami.

-_-

Sekarang aku nk cerita pasal, THE TERRIBLES TWO.

Sekarang zara mengalami tantrum yang kuat. Dah Nampak dah terrible twos yang makin menyerlah. Di usia 2tahun 8bulan, Nampak sgt nk throw tantrum takpasal2. Mommy penat sgt, balik kelas balik kerja, dia buat perangai. DiA KATA,

Mommy laparla..
Bila mommy dh senduk nasi, taknakla kenyang dahhhhh…
Pastu ada satu masa, dia nk masukkan susu dalam botol, smp tumpah2.. pastu mengamuk bila mommy takbagi.
Bila mommy balik kelas, dia akan sentiasa cari pasal. Nak ni nak tu, bukak peti ais. Nak air sejuk.
Pastu menangis sekuat hati.
Pastu degilnya ya rabbi, tuhan je tau.
Pernah satu hari, zara bukak peti ais, amik air susu and dia boleh hayun pintu ais kuat2 dah mcam nk tumbang peti ais tu. Cuba bygkan? Tergugat tak kesabaran?
Sophie,pulak kerana careless. Taksedar pon dia penah makan duit syiling. Tetiba je, die berak dua biji syiling 20sen yang lama. Nampak sangat, rumah dh tunggang langgang, taktau bila masa dia makan.

 

**
Letih sangat.

Sampai satu masa, rasa mcm nk pukul. Rasa macam nk lempang. Tapi takbuat lagi. Masih bertahan. Lepas tu, minggu pertama sambung study, suami mcm buat muka. Rasa mcm tetiba taknak bagi kerjasama pulak dia. Cakap nk marah2. Mungkin dia rasa letih. TAPI, SIAPA LAGI LETIH DALAM SITUASI NI. 

Takpelah, mungkin dia takleh adapt new environment kan. Masuk minggu ketiga, feedback positif dari daddy, dia dh boleh ingt bila mommy ada kelas. Bila dia kene balik awal untuk amik anak and jaga anak. Dah takde nada letih, takde nada suara yang mcm bengang. Everything smooth.

Tapi kisah tantrum zara belom berakhir, ade satu hari zara nangis je.. ni tak kena tu tak kena. Dia kalau nk nangis dia takpeduli. Dia akan pukul kita, tolak adik dia kuat2. Mmg kesabaran dh dihujung tanduk. Selalu bila saat2 mcm ni, aku akan sentiasa ingat. Sabarla, anak kecik perlukan perhatian. 

Mungkin sebab kita dah tinggalkan dia satu hari, dia nak kita peluk2 dia, sayang2 dia. Ikut cakap dia. Bila aku pujuk hati cmtu, mmg sabar tu mujarab. Takjadi marah, takjadi nk tertinggi suara. Kadang2 terlepas juga, mommy insan biasa…Sorry zara..

***

Kadang2 terfikir. Sedihnya.

Most of the day, most of the time, bukan tangan ni, yang jaga anak2. Bukan aku yang suapkan makan, seharian masa zara dan sophie dengan cikros. Dengan Nekdah. Loser nya seorang ibu, bila tanggungjawab seorang ibu dibuat oleh org lain.

Sebak sangat bila tengah tulis ni. Berjujuran air mata mommy.

 But when this happens, I somehow feel that salahkah buat cmni? Adakah kemungkinan yang satu hari nanti Zara & Sophie akan cakap,

Mummy, we do not want anything. We do not want nice clothes. We do not want a good life. We just want you to be with us more than anything in the world. But you were never there for us.

***

Semua ibu, sayang kan anak nye. Tak kira, full time mother. Full time working mother. Even, full time studying mother.

Selepas suami, anak2 dan keluarga, orang yang paling aku sayang. Adalah orang yang menjaga anak2 .Orang kedua selepas keluarga yang saya percayakan, adalah CIKROS.

Taktahu mcm mana cikros handle Zara, dimana TANTRUM nye tengah menggila. Kalau kita yang bukan 24jam dengan this terrible twos, taktahan. Macam mana Cikros handle?


Alhamdulillah, saya percaya cikros Berjaya handle dengan baik.

Semoga ALLAH murahkan rezeki cikros. Merahmati hidupnya dan keluarganya. SEpanjang usia zara, cikros buat dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara. Malah kuku zara pon cikros potong. 

Seteruk2 zara melemparkan tantrum nya, cikros handle dengan bijak.

I am working mother.

I am part time student.

Berapa sangat masa yang ada untuk anak2. Masa anak2 banyak dihabiskan dengan cikros dan nenek dan atuk mereka. Mereka, cikros & nekdah & atuk yang melengkapkan zara dan sophie denagan perkara2 yang mungkin mommy takdapat sempurnakan. Semuanya kerana kekangan masa dan tenaga.

Terima kasih, semoga Allah merahmati Cikros, Nekdah dan Atuk.





 


 

Thursday, January 22, 2015

LEVEL 2-SOPHIE PLAYGROUP CLASS


Sophie pon ade class? Amboi amboi amboi.. 

Level 2 playgroup ni untuk baby yang umur 6-12months. Ni aku copypaste dari website GBOB untuk tatapan korang :-
  • This stage is design to encourage physical growth and motor skills
    development through interactive games and activities. Your baby will be unveiled with continuous stimulations environment to further strengthen the all five senses. Enhancing baby's emotion & sociability. This class includes parent discussion time to share about your baby development progress. This 26 weeks Crawler's program includes parents discussion time to share about your baby's development progress and early childhood current issues
  • In this stage, we will have ritual activities every week and using song, rhymes & music to stimulate your baby's brain. We have physical stimulations using different kinds of prop & teaching aids, baby exercise & fitness, parent discussion and sharing time, hand action, learning activities and parachute play throughout the class. We will be using learning materials from Little Reader, Your Baby Can Read and few other products. This is the time where your baby develop their separation anxiety and to avoid that, they need to socialize more and mingle around with their friends, hence the class will only be held if there are at least 2 students in a class/session. Each session will take about 45 minutes.
Dia kata class 45minutes. Sepanjang aku pegi mesti cecah 1jam setengah. Aku paling suka part discussion between parents. Benda yg takjadi kat ank kita, ade kat anak org. Tu sebab setiap kanak2 perkembangan nye berbeza-beza. Topik2 discussion memang best je setakat ini. Ada yang memberi pengajaran pada aku, kadang2 yang bagi ilmu pon ada. Tapi memang kebanyakannya ilmu la.

Dalam kelas ade baby gym, kita bagi anak kita bersenam. Setiap kali kelas yang sonoknya, Teacher wati akan bawak anak bongsu dia masuk kelas. So, dia mmg banyak kongsi banyak benda. Mmg satu opportunity juga sebenarnya. Ade je ilmu2 baru masuk kalau teacher wati dalam kelas. Almaklum, dia pon mmg founder GBOB, pastu mmg ECE punye background.So aku mmg konfident.

Pengalaman aku dalam kelas Level 2 sophie, ddiorang kasi anak aku main game. Tu satu contoh sensory activity. Diorg bg satu mangkuk, pastu bubuh gam , celup tangan anak dalam mangkuk tu then gosok2. Tengok reaksi anak. Haaaaaaa, time ni.makbapak mmg stress. Klau kat umah mmg takdapat la nk bg main cmni kan. Tu teacher wati kata, klu kat umah ofcourse takde. So amik peluang. Bagi anak develop sensory skill. Gosok tangan dia. Opi ape lagi, dhla time tu tgh asyik nk merasa dlm mulut je. Korang bayangkan, dia dh lumur ramas2 gam tu, slowwwwwwww je dia nk masukkan tangan dalam mulut. PERGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…. ANAK AKU MMG DAH TERLEBIH SENSOR ACTIVITY. Punyala ketegaq, asyik laju je tangan dia nk masuk mulut. Teacher wati kata, good sophie, good….. laaaaa haiiiii..

Maksudnye sophie nye sensory skill dh develop, sebab dia dh dpat rasa, sampai ramas2 smp ade FEEEELLLLL nk masuk mulut. Kalau anak ada rasa geli, atau xnak celup kan tangan atau taknak pgg langsung. So, sensory skill dia masih tak develop. Kita parents kene encourage. Selalunya budak2 akan ade sifat curiosity. Dorg nak tau ape tu, ape rasanya.. kalau avoid to do, emm something wrong. Itulah pesan teacher wati. Maybe first time, its okayla, so parents kene sentiasa buat sensor activity supaya anak develop sensor skill.

Lepas tu ade activity develop motor skill, contohnye, dalam kelas diorg bagi cawan sudu garfu pinggan.Kita tengok anak boleh genggam tak sudu or garfu, kene ajar anak mcm mana kene pgg sudu, mcm mana peg garfu, mcm mana pgg cawan. Ofcourse sudu n garfu boleh buat terucuk mata. Bahaya. Tapi teacher wati kata, anak2 takfaham ape fungsi sesuatu barang. So we need to keep telling them. Maybe 100 times need to tell. Anak, ini sudu. sudu untuk makan mcm ni. (smbil masuk sudu dlm mulut). Teacher kata kita kene ajar anak dengan muka kelakar, baru dorg ingt. Hahahahahah. Anak2 akan senang absorb kalau dorg Nampak ape yang kita buat. Tu sebab anak2 kecil senang tiru apa yang kita buat. Bila kita dh ajar fungsi sudu tu untuk ape, takkannye tetiba sudu tu dia nk buat cucuk mata dgn sengaja, nk guna sudu korek telinga. Takmungkin. So, kalau anak2 amik sudu cucuk mata terus tu maknanya dia penah tengok org buat mcm tu. Emmmmmm.LOGIK JUGAK.

Setiap minggu mmg ade discussion between parents. Sebelum start discussion, teacher akan bg anak2 mainan, setiap minggu mmg mainan berbeza. Busy box ke, busy box ade dua kotak.dalam kotak tu ade mcm2 permainan..so diorg akan encourage baby amik toys dlm box and main. Sophie punye suka toksah kata la…. Seronok gila. Ade sekali, teacher bagi bola berlampu banyak2. So bola-bola tu akan bling bling, jadi akan menarik perhatian anak. Smbil2 tu parents akan ade discussion depends on Topic. Semua topic yang dibincangkan mmg berkaitan anak dan parenting issues.

Dan macam biasa, setiap kelas level 4 ke 3 ke 2 ke, mmg akan ade big bubbles. Teacher akan bagi main bubbles.Poke the bubbles. Lepastu mcm biasa ade parachute time. Ade hip hip hooorey. Last sekali goodbye song.

Akhir sekali, aku nak kongsi. Aku pernah ditanya oleh Teacher Wati. Kenapa aku masukkan anak aku GBOB? Kenapa aku ade intention tuk masukkan sophie playgroup seawall 6bulan?

Jawapannya,

Dulu, aku masukkan zara agak lambat. Waktu zara masuk level 4, zara ade behavior issues. Melalui GBOB aku mmg byk nmpak perubahan zara. Dia happy. Setiap kali pegi kelas, dia mmg happy sgt. Boleh nmpak, kalau kita nk happykan zara, bawak GBOB je la. Semua perubahan zara bermula dari GBOB.Lepas tu, aku bersalin sophie, why not aku try sophie pulak punye kelas. Yela, lagipun GBOB bukan kindergarten. GBOB adalah pusat perkembangan minda kanak-kanak. 3tahun pertama anak is very important. Apa salahnya aku masukkan sophie awal sikit.Zara dulu dh kira terlambat sebenarnya. Tu sbb zara ade issues.

Tapi, waktu first class sophie, aku rasa takconfident plak dgn gbob. Rasa takbest. Rasa mcm len maciam… mcm takconfident. Okay takpe aku pujuk lagi diri aku. PeGI 2ND TRIAL CLASS. Okay, dh nmpak dh reaksi opi, mcm suka. Mcm sgt active bg respond dlm kelas. HA, SAAT TU LAH aku terus decide nk enroll. Balik dr kelas kedua, bila aku ulang balik ape yg aku buat dalam kelas. Contoh games MR SPIDER, opi terus ingat. Dia terus gelak. MR SPIDER NI MAIN NYE senang je, spider tu jari kita.Gerakkan jari bg die geli dr kaki smp kepala. Bukan main geli lagi opi. Bila aku kata mr spiderrrrr……………………where is mr spider..??? terus gerak2kan jari..emmm geli terus. HAHHAHAH.

Dan saat tu jugak aku yakin, pendedahan awal tu bagus. Dalam kelas pon sophie pandai poke bubbles, tu yg paling aku takpercaya. Bila teacher tiup dpn muka, dia tau dh kena poke. Pastu,bila tanye where is your chest sophie? Dia mcm tau dah chest dia kat mana. Kalau nk cakap please, kene letak tgn kt dada So teacher cakap, say please sophie, opi pun letak tgn kat dada. Haaaa, cm takpercaya kan. Tapi itulah. Budak2 mmg laju copy apa kita ajar.
Setakat ini perkongsian aku pasal class playgroup sophie. 

Anyway, birthday party Sophie, 7 FEB 2015. Jemput datang ye.

*bubble time*

*tengok zara paling beria, padahal kelas adik dia*

                                                            

                                                           * mr spider...where is mr spider??*

                                                                     *geli sgt aiiihhhhhh*

                                           *tengokla anak akuuuuu...sibuk kacau anak org*

                                          *motor skill activity..bukan main kuat gendang...*


                                                   *busy box time, discussion time..*


                                                                     *parachute ON*

Thursday, January 8, 2015

2015-PLAYHOUSE@PLAYSKOOL ZARA




                                               Lea Zara Bt Mohamed Fadhlee




JENG JENG JENG.

Dalam facebook, aku duk ulang nak train zara tido awal supaya dia boleh bangun awal. Almaklumla persediaan nak pegi sekolah tahun 2015. Eh eh eh SEKOLAH? Bukan sekolah, ade perbezaan ye kawan sekolah dengan sekolah main atau playschool atau preschool.

Aku taktaula keputusan aku dgn lee ni adalah tepat atau tidak nk masukkan zara playschool di saat zara baru mengjangkau 3tahun. Babe, 3 tahun dowh.. kecik lagi. Kesian kot kene bangun awal, kene siap2 gosok gigi mandi awal pagi.

Tapi demi masa depan yang cemerlang di zaman yang mencabar ini, aku tepis je semua yang negative. Haaaa…… bermula episode mencari playschool terbaik yang kami je RASA terbaik, bagi org lain kami taktau. 

Korang percaya tak, aku ni kaki survey. Bab survey meng survey, mmg kepakaran aku. HAHAHAHA. Aku dh start survey playschool zara since may 2014. Gila..bila org dgr mesti cm poyo gila ain. Tapi mmg itulah mslh aku. Alangkan birthday party anak pon aku dh start plan 3bulaan sebelum. Apatah lagi nk cari playschool anak. Takkan sebulan sebelom masuk sekolah..kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Zara kan ada pegi kelas playgroup every weekend. Kelas tu still On, mgkin playgroup tu aku akan cut off jadi 2 kali sebulan atau paling minimum sebukan sekali kalau zara dh start playschool.
Okay, mgkin ade yg masih tertanya ape maksud Playschool dengan Pre-school? Maksudnye playschool dengan Tadika biasa?

Playschool ni cenderung kepada bermain sambil belajar. Tadika tu lebih kepada pembelajaran.. Duduk atas kusi, then belajar ape yg diajar. Jadi takde timbul issue, ‘sian dia ain, kecik lagi, stress dia kene belajar awal2’ ‘nanti budak pandai sangat bile masuk tadika dia dh bosan.’ Bukan ye, sila google cari maksud playschool.  Bila aku katra nk masukkan zara playschool, nenek zara la terutamanya cakap kesian and blab la bla.. ade jugak makcik2 aku cakap takpayah la apela…tapi aku biarkan jela.. sebabnya maybe dorg taktau kan. 

Zaman sekarang bukan macam dulu. Bila sebut sekolah terus terbayang budak umur 3tahun duduk rapat2 dalam kelas then tengok cikgu ajar apa. Takpa2… Kalau cmtu mmg la aku kesian la jugak. Kan..

So, selepas buat review, melawat kawasan2 playschool kat area selayang ni, aku dgn lee dh decide nk enroll Brainy Bunch International Islamic Montessori (BBIM), Selayang. 2kali aku pegi centre ni. Semata-mata nak bagi puas hati. Sebab takut tersalah pilihan kan. Aku dh tengok setiap pelosok kelas, bila bawak zara dia mcm happy pulak. Sempat main pulak dalam kelas. Memang dah lega sikit. Harap2 la dia okay bila start sekolah nanti.Aku takde pilihan. Susah nak cari tadika yang menepati kriteria aku. Ade yang tadika rumah landed. TApi tadika cina.

Nanti anak aku makan bende bukan2 cmne. Ade tadika landed yang melayu, tapi bukan Montessori Islamic pulak. Takpela, zara pon baru 3 tahun. I just make it a try.  Kalau tak okay, 4 tahun aku try la jenama lain pulak. Geniius Aulad ke. 

Cerita pasal fees. Emmm. Bila aku kata je nk hntar brainybunch, adela mulut kawan2 yang kata, eleh…ko ni nk hntar yg mahal jek. Tu sebab aku malas betul nk jawab soklan tu. Tapi apakan daya, aku ni ade masalah berkongsi. Aku suka kongsi ape yg jadi dgn aku. Ape jadi dgn anak. Mungkin stgh org kata takyahla dok cite semua… Tapi jujur, setiap kali aku post bende cmni mmg sumpah demi allah, ade je yg sangkut. KAWAN2 whatsapp tanye2 info.  Tau x, dengan perkongsian selama ni, kawan dalam facebook yang takpenah tegur jadi rapat. Kawan yang dulu hanya msg pakai fb je, skang ni  kitorg sharing cite dlm whatsapp. So, dari situ kebaikannya dalam amsa yang sama aku pon ade gak bende taktau. Jadi, ade jugak yang aku belajar dr korng. Tau x.  Aku takpeduli dengan negative thinking org. Aku tau niat aku. KANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN…

So zaman skang ni, fees yg bawah 1k mmg aku rasa takdela. Nak2 kawasan selayang ni dh la dekat dgn KL. Mencanak2 fees. Lepas aku decide nk enroll BBIM, aku pon byr booking RM200 kat centre. Dalam bulan 10 aku bayar booking Cer korg bayangkan..punya la awal. Sebab nye memula aku xnk hntar BBIMselayang, nak hantar Taman Pelangi Gombak. Boleh plak, baru bulan 10/2014 branch tu dh full. Siap dia kata puan leh masuk waiting list kami. Allahu, punye la cepat. That’s why, bile BBIM Selayang ni aku byr je la booking terus. Malas aku nk pikir, nak tgu. Tgu sana , sini berciciran.

Dalam bulan December 2014, aku dapat email dr teacher dia suh bayar full fees before masuk kelas. 
 Untuk First Term, termasuk yuran Enroll, baju la ape sume Total RM1980.00. So, mmg kami laki bini dh prepare dah dr pas byar booking dalam bulan October 2014 yang fees banyak tu.Lepas dari tum mg kami dh wat saving awal2. Al maklumla, kami bukan duit berkepuk. Takpe2, duit boleh cari. Aku  dgn lee mmg jenis untuk anak, aku akan cuba yg terbaik. Takpe susah sikit. Takpegi holiday hujung tahun demi untuk byr fees. HAHAHAHAHAHA. Of course. Aku tahu, orang lain pon sama macam aku. MaNA ada mak bapak yang taknak yang terbaik. If you’re willing to pay. Why not. Kann..


Dalam masa yg sama, aku dgr mcm2 pasal BBIM, lepas bayar booking, pengalaman anak kawan, rambut kene potong sesuka hati oleh untie yg jaga daycare. AnaK kawan aku plak, kene dera dgn BBIM cawangan BLABLABLA smp jadi kes polis. Aku jadi redho jela. DOa banyak2 supaya takjadi ape2. Zara ni pegi kelas playschool pagi je, Kelas start dari kul 8am- 12pm. Lepastu zara balik umah cikros.

Sehari sebelum pegi school, aku mmg dh tanam dalam kepala otak zara

 ‘ tomorrow you will go to class okay’ dia jawab okayyyyy.. ‘

LEpas 3ominit,

‘Esok zara pegi sekolah tau, pakai baju sekolah. Bawak beg.’ Dia jawab ‘okayyyy’ dengan riang..

Lepas 30minit,

‘esok zara main dgn kawan eh, if u want something u shoud say what?’  ‘Pleashhhhhh’.. ‘I will pick u up after school’ ‘ okayyyyyy..’ dia jawab…

Sampaila malam aku asyik duk ulang…  ALHAMDULILLAH. Pagi tu aku bangunkan dia., dia taknangis langsung. Unbelievable. Sempat siap2. Pakai bedak. Pakai sepit ‘PINSHESS’ (Princess)…Sampai sekolah ya ampunn tak kekok sangat.

Naluri aku kuat cakap, maybe dia dh biasa bila cakap pasal class, dia dh terbanyang playgroup kat GBOB. Ade kawan. Ade teacher. Budak2 kan senang absorb. Alhamdulillah., mmg Allah mudahkan.

Anyway,

Aku rasa dh takde point tertinggal. Hujung tahun, aku kongsi bagus ke tak zara masuk playschool. Ade development ke tak. Takpe, kalau takelok pon, in sha allah aku akan kongsi.Dalam 5,6 bulan aku kongsi pulak aktiviti dalam kelas playschool ni YE..
Doakan anak ini menjadi insan berguna dan solehah pada kami. Aminnnnn.

                     *tengah tgu kejap, bagi dia main, leka,pastu aku dgn lee dgn opi terus balik*


Monday, December 15, 2014

MOMMY, ANAK2 DAN SEORANG BIBIK.


Last Saturday, Sophie punye kelas kul 1.30pm. Sorry Opi nye kelas taksempat nk wat entry details.Nanti Ade masa aku buat,
Opi nye kelas untuk kids umur dari 6 months – 12 months. LEVEL 2 Playgroup.

Issue nye kat sini, last week, topic discussion between parents masa kelas opi tu rasa betul2 memberi keinsafan betul. Topik discussion nya ialah :-
'Setiap malam, sebelum kita tidurkan anak, ada tak kita sebut/ucap pada anak?"
Simple kan soalan dia.

Bukan jawapan ya atau tidak yang aku nk ceritakan sekarang ni.
Ceritanye begini, ade sorg mommy ni, smp turn dia kene share, dia kata, emm soalan ni terlalu sukar untuk saya jawab. Sebab anak saya taktidur dengan saya. Dia tidur dengan bibik..
Itu jawapan dia.

Okay, biar aku cite sikit-sikit yang aku tahu pasal mommy ni. Dia ada anak 2 orang.
Dua2 perempuan. Yg first sebaya zara, yang 2nd sebaya opi. Yang sebaya opi ni umur nya 11bulan. Opi 10bulan.Dia kata sejak kecik mmg anak ke2, tidur dengan bibik. Sebab anak 1st, takleh get along dgn anak kedua.Anak 1st tido dengan dia atas katil. Sejak adik dia lahir, dia takkasi adik dia tido dgn maknya. Jadi, anak kedua dia terpaksa serahkan pada bibik.Jadi sebelum tido mmg anak terus tido. Bila ngantuk, bibik terus ambik dan bawak tido.Teacher Tanya, u tak breastfeed? Ooh TAk. Saya breastfeed dia sebulan saja. Baby tak nangis ke if takdapat tido dengan u? OOH tak, dia dah biasa since baby smpla sekrang 11bulan dia mmg tido dengan bibik. Ok, ni part paling sedih. Mommy ni kata dia taktahu nk buat cmna, sebab anak dia dua2 memang takleh. Yang kakak asyik buat adik, pukul, takleh main sama2. Takleh sayang adik. Dia penah tanye pendapat pada teacher how to solve this. Teacher penah cakap, kene encourae dorg main sama2.kene selalu, jangan putus asa. Mgkin waktu adiknya lahir, si kakak takleh menerima.

Lepas tu, teacher kata takpa. Jangan putus asa. Kena sabar. Start dari saat ni, she need to do something about this. She need to plan she need to find a way how to solve this. Bby umur 11bulan, masih kecil, masih perlukan ibu dia semasa tido. Kan. Logik kan cmtu.
Part paling sedih, masa part last class, masa parachute time, aku tgk bibik tu dh amik tukar turn dgn mommy ni. So baby ni dgn bibik dia masa parachute time. Masa parachute time ni, anak2 akan baring bawah parachute, then parents akan kibas2 parachute atas dorg smbil nyanyi. Lepas tu, teacher akan count, 'okay mommy daddy, please let go the parachute on 1,2,3 and take your baby and say I love you to them.., 1………….2……………..3………………….. let go!!! So mommy/daddy akan grab anak and lambung then terus cakap I love you. Tapi aku tgk, bibik yg wat cmtu..EMMMMMMMMM…

Okay, aku taknak korang judge ibu ni. Aku tau pon sikit2 je pasal dia. Memang selalu bertembung sebab kelas anak 1st dia, sama dengan zara. Discussion time tu, aku rasa sedih gila bila terkenangkan anak dia. Dalam masa yang sama, aku sedih jugak, aku kesian dekat dia. Pening kepala dia tau, kalau anak2 taknak main sama2, kakak taknak sayang adik. Kalau aku jadi dia, mesti aku taktau nk handle. DIa bolehla, atleast kalau gaduh, bibik boleh selamatkan salah sorg. Tapi, kita nak ke anak2 kita selama2nya tak baik Tak nak main. Bahagianya kita, bila kita tengok anak kita main sama2, apabila anak yg tua menyayangi adiknya. Alangkah sedihnya, kalau mommy tadi tu takdpaat rasa cmtu. Alangkah sedihnya kalau anak kita lebih rapat dengan bibik dari kita sendiri. Mungkin cara dia berbeza, of coz dari cite ni pon korang mesti dpat agak, yg mommy tadi tu mesti anak org kaya. 
Memangla, kalau tak takkan ade bibik. Aku yang tak kaya, tu sebab takde bibik. Hahahaha.

Jadi kawan2, tak salah ada bibik. Bibik tu mcm helper je. Tapi jangan la lepas semua benda pada bibik tu. Kita mesti besarkan anak2 kita dengan tangan kita sendiri. Anak2 tu asset kita. Kita mati, dorglah yang akan doakan kita. Kita mesti ada dalam hati diorang. Takkan nanti dalam doa dorg, nk doakan bibik dari doakan kita. Yela, lebih ingt dan baik dengan bibik dari kita sendiri. Dulu aku takut sangat, zara dengan opi lebih sayang cikros dari aku. Aku keje dari pagi smp petang. Jumpa anak2 masa malam je. Gila. Aku takut. Aku takut, kalau anak2 aku suka masakan indon dari masakan melayu. Aku takut anak aku lebih pandai cakap acheh, dari cakap melayu. Berlegar2 je dalam kepala otak ni. Tapi, jangan risau tak bertempatla. Sebab anak kau, mesti kau kene cari jalan. Tu sebab dari zara dengan opi kecik, aku takpenah kasi cikros masakkan tuk dorg. MakANAN dorg aku yg sediakan. Tak kira la aku kene bangun kul 5 pagi tuk masak bubur. Kene amik masa gorEng ayam pepagi buta. Bubat bubur labu kismis pagi2. Kejap je, bila dorg dh makan nasi, nekdah plak siapkan makanan dorg.HAHAHA.

Orang zaman sekrang, bangga sangat ade bibik. Pegi mana2 kat shopping complex, muka seronok dapat membeli belah smbil sebelah bibik dukungkan anak. Muka tenang bila balik kampong, dalam kereta leh tido takde hal sebab bibik ade nk layan anak dalam kete. Takde hal. 

Alhamdulillah, Zara dengan opi memang leh ngam, biasala kdg2 zara tertendang adik, yang adik ter tarik rambut. Tercakar masing2. Tapi bila aku tanya, zara sayang adik tak, dia jawab sayang... bila dia nampak opi tido. dia akan mintak 'mami, cium ye, cium ye. ciummmmm je.....' kalau aku suh zara kejar adik cepat, dia kejar.. yang opi menggelinting wat2 nk lari. Alhamdulillah, atas nikmat ini.

Mana2 yang boleh amik pengajaran, sila ambil. Sesungguhnya entry ni up, sebab nk kongsi kekhilafan yang kadang2 kita tak sedar. Kita rasa senang sekejap, jangan smp kita menyesal kalau bila dh besar anak lebih banyak kongsi cerita dengan bibik dari kita sendiri.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.

 

Ps: in sha allah, kelas opi nye experience next enrty ye. Tunggu balik jb krismas ni, ade byk masa sikit. Sebab anak2 sume bergumbira dengan nenek dan atuknya. Hehehe.

 





*Bubble Time*


                                         *Cer teka mana satu Elsa Mana satu Anna* hahahaha





 


 

Wednesday, November 19, 2014

Weekend PLAYGROUP Zara!


Rasanye semua tahu kot, zara selalu every weekend setiap sabtu mesti gi kelas playgroup.

Itu pun kalau mommy & daddy takde ape2 hal.Kekadang sebulan tu ade la skip max 2kali takpegi kelas.

Mommy akan pastikan zara gi kelas atleast 2x sebulan.

Ramai tertanya2, zara ni masuk Tadika ke. Dah sekolah.?

Sebenarnye belom. DIa pegi Playgroup je.

Setiap Minggu, kelas max 1jam setengah. Selalu mmg lebih dari sejam lah kelas dia.Selama sejam sengah je, macam2 ilmu dia.

Kene menari, pastu kene nyanyi, pastu story telling, pastu teacher ajar alif ba ta or ABC. Setiap minggu satu huruf.

Lepas tu ada art class.

Lepas art class, ada main bubble.

Lepas tu, Under parachute, lepas tu nyanyi2.

KIranya selama satu jam sengah tu, setiap 10-15minit satu sesi.

Contoh, 10minit,nyanyi,10minit story telling,10minit bubble.. dan seterusnya.

Dulu aku taktepikir pon nk hntar kelas playgroup ni. Ntah macam mana la ter google mmg bercadang nk bawak anak gi kelas, jumpa kawan2, takkan nk duk umah cikros je kan..hehehehe.

Sebelum aku choose GENIUS BABY ON BOARD untuk enroll zara, banyak playgroup yang aku pegi.

Memang GBOB la yang aku pekenan sekali. Aku dh pegi Alimkids, pastu pegi Gymboree. Semua takpekenan di hati. Rasa mcm playgroup tu semua mcm session just untuk anak je. Mcm kita bayar fee, untuk dptkan tempat.pastu balik. Dah…..
GBOB ni lain. ADE PARTICIPATION ANTARA TEACHER, PARENTS DAN ANAK. Memang ni yang aku cari sebenarnye. Kerjasama teacher yang aku nak. Sebab aku new parents takreti nk handle, takde pengalaman. Sebab sebagai seorang ibu, mesti aku nk yang terbaik.

Jujur, dari ape yang aku Nampak, founder GBOB ni teacher WATI, setup GBOB bukan inginkan keuntungan, bukan sebab business, TAPI sebab ingin kongsi pengalaman dan betul2 ingin membantu kita semua ibu bapa dalam mendidik anak2. Kita semua tahu, minda kanak2 terbentuk dari 0-6tahun. 

Masa 0-6tahun nilah kita nak asah, nak develop their brain.
Kali pertama aku bawak zara, zara menangis guling2. ANk manja. Mungkin jugak sebab dia malu ke ape.Trial class time tu. Zara nangis je terus teacher wati keluar. Dalam kelas teacher lieya yang ajar. Teacher wati ni macam principal la kira. Pastu, teacher wati ajar aku macam2, theyre using TALIBAN STYLE. PAKSA-RELA. Kalau anak taknak,kita kena paksa. Takboleh asyik nk ikot cakap anak je. Macam2 teacher wati ajar. Dia takbg aku pegang zara. Dia evaluate zara dlm first class.

Dia kata zara ada behavior issues. Sebab dia rasa setiap ape yg dia lakukan parents dia mesti ikut. When she not seat in the class, don't want to adapt the environment in the class. She will cry. She crawl. She lying on the floor. Dengan cara tu, dia harap parents dia malu, so terus pujuk2. Manja. Itu didikan yang salah.

Lepas dr kelas, teacher watie ni mmg sound direct je kat aku. Straight to my face. Yang hairannya, setiap ape yang dia cakap tu betul. Memang betul Pun.Jadi aku ni dengar je la.
Start dari tu, aku mmg dh jatuh cinta dah dgn GBOB. Sebab aku rasa aku as parents mmg leh bekerjasama dan tukar idea2 dalam pendidikan anak. Terus enroll kau. Walau Kene sound straight to my face, I just enroll.

Lepas 2,3bulan.. aku msg lagi dengan teacher wati, tanye pasal zara.lagi sekali kene sound. Teacher wati kata aku terlalu push anak. Selalu nak anak jadi dengan apa yang aku nak. HAHAHAHA.dugaan. Tapi,teacher pon ade kata.itu normal.sebab dia kadang2 pon cmtu. Biasa la kan. Siapa yang taknak yang terbaik untuk anak. CUma kita janganla terlalu keluar dari landasan.
Ingat,
THIS IS NOT ABOUT YOU, IT IS ABOUT YOUR CHILD.


Gbob ni jugak ade aktiviti untuk ibu bapa. Contohnye, ade sharing session between parents. Aku penah attend sekali.seronok, dengar pengalaman parents lain kan. Rasa sonok la. Pastu jgn kita sangka anak kita bukan terbaik, dalam session tu aku baru tahu, lebih banyak parents yang banyak masalah dengan anak dr kita. Mcam2. Ade yg anak autism, adhd,add. Bersyukurla kita seadanya.

Lagi satu, orang selalu tanye, mana lokasi GBOB ni? PUCHONG. Ya allah, jauhnye AINNNNNN… emmm..lain orang lain caranya. For me, I don't mind travelling from selayang to Puchong to have a best learning experience for my kids.Aku dh pegi dh playgroup yang dekat2, semuanya aku rasa takpekenan. Istimewanya kelas playgroup dekat GBOB ni adalah PARENTS PARTICIPATION. 

Dalam kelas aku selalu ganti2 dengan lee. Part first aku masuk, start art class lee pulak.kekadang aku ngelat jugak, selambe je aku pi masuk kelas zara tgk zara wat assignment dengan lee. Isnin-Jumaat kita dh kerja, malam pun bape jam sangat la masa dengan anak. Tu sbb aku pilih GBOB. Sebab sejam sengah ni sangat2 berharga. Mmg aku dgn lee focus betul2 masa bersama anak. Teacher wati selalu ingatkan, jagala masa sejam sengah ni dengan anak, untuk bagitahu anak yang kita nak luangkan masa bersama dia.

AL malangnya, playgroup lain xde tau penekanan cmni. Tu sebab aku enroll jugak GBOB NI. I WILL do anything to get the best.Walaupun rintangannya banyak, walaupun sesetengah org rasa RM50 seminggu selama sejam setengah itu ADALAH MAHAL.

 

Okay, anything nak tahu lagi pasal GBOB,SILA2 LAH WHATSAPP MOMMY ye…

 

Xoxo,
TRYING TO BE THE BEST MOMMY.



*story telling*

*bubble time*


*singing together time*

*motor skill class*



*betapa gembira nye anak2*